Tuesday, February 8, 2011
ZAMBRY KEMARUK SOKONGAN CINA
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat gelagat Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir bagi aktiviti Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini sungguh luar biasa kerana setakat ini telah menghadiri sebanyak empat program seperti di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Perak, di Parlimen Kawasan Lumut, Majlis Rasmi Kerajaan Negeri dan terbaru dianjurkan oleh Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN).
Mungkin ada beberapa lagi penganjuran daripada MCA dan juga PPP yang masih belum menganjurkannya. Dan mungkin ada lagi beberapa badan pertubuhan yang akan menganjurkan dengan kehadiran Datuk Seri Zambry ke majlis mereka. Datuk Seri Zambry sudah mencipta satu rekod baru 'luar biasa' di dalam Sambutan Tahun Baru Cina kali ini.
Kesungguhan Datuk Seri Zambry dapat dilihat di dalam ucapan-ucapannya di dalam bahasa cina sepertimana dilakukan oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ketika menjadi Menteri Besar Perak dahulu.
Datuk Seri Zambry yang kelihatan meniru cara dan kaedah Datuk Seri Nizar dalam program-program bersama kaum cina seperti seolah-olah mengalami kebenjatan idea.Datuk Seri Zambry begitu bersungguh bagi menambat hati kaum Cina menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.
Walaupun Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Perak kurang mendapat sambutan, usaha Datuk Seri Zambry masih kurang mendapat kepercayaan kaum Cina sehingga kini. Apakah lagi usaha Datuk Seri Zambry bagi meyakinkan kaum Cina di Negeri Perak khasnya? Apakah gula-gula baru yang akan diumumkan oleh Datuk Seri Zambry kepada kaum Cina nanti?
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment