Tuesday, February 8, 2011

ZAMBRY ANGKUH


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan keangkuhan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir di dalam kenyataannya terhadap Datuk Haji Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Negeri Kelantan yang disifatkan sebagai 'dangkal ilmu'.

DPPN Pk ingin menasihati Datuk Seri Zambry supaya 'lebih berhati-hati bila bercakap dan tidak memburukkan atau mengaibkan orang lain' terutama mereka yang lebih tua dan bertaraf 'ulama' yang banyak menyumbang kepada perkembangan kesedaran agama Islam di Malaysia.

Kenyataan beliau yang bernada menghina tersebut amat tidak sesuai dengan akhlak Islam dan budaya Melayu yang menganjurkan kita supaya menghormati orang yang lebih tua.

Pada waktu yang sama DPPN Pk ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Zambry kerana mengambil contoh tokoh-tokoh pemikir di dalam PAS seperti Dr Burhanuddin Al Helmy dan juga Prof Dato’ Zulkifli Muhammad di dalam menegaskan keperluan perjuangan Nasionalisma.

Walaupun ianya satu bentuk pengiktirafan ikhlas terhadap wadah perjuangan dan pola pemikiran pimpinan PAS yang merentasi zaman dan ideologi politik, namun mengaitkan pemikiran mereka dengan dasar perjuangan nasionalisma Umno adalah suatu kiasan yang amat dangkal.

Sebagai seorang ahli akademik, Datuk Seri Zambry sewajarnya memahami lontaran pemikiran tersebut dalam konteks pola pemikiran yang lebih luas dan latar belakang kondisi politik yang berbeza, dan bukannya membuat konklusi rambang dangan niat melagakan pemikiran tokoh-tokoh kepimpinan PAS.

DPPN Pk, semenjak dari dulu lagi, sentiasa menasihati Datuk Seri Zambry supaya lebih berani dan bertanggungjawab untuk bersemuka secara beradap dengan Datuk Nik Aziz bagi mempertahankan dan membuktikan tuduhan beliau, dan bukannya menggunakan pentas media bagi memburukkan imej Datuk Nik Aziz.

Namun jika Datuk Seri Zambry merasakan sukar untuk bertemu dengan Datuk Nik Aziz, beliau masih mempunyai pilihan samada memadai untuk berhujah dengan DPPN Pk atau tidak perlu lagi memberi komen-komen separuh matang yang hanya akan merosakkan imejnya yang sedia malap.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

1 comment:

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    ReplyDelete