Friday, February 11, 2011
PEMUDA UMNO GAGAL PERTAHANKAN ZAMBRY?
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyelar kenyataan Khairul Azwan Dato’ Harun, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang cuba menyalahkan DPPN Pk demi melindungi kelemahan dan ketidakmampuan mereka mempertahankan perbuatan ancak tiang seri Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir secara ilmiah dan telus.
Ternyata Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak masih meneruskan tradisi lama kepimpinan mereka yang tidak berani dan separuh matang di dalam membicarakan isu yang melanda ummat Islam. Mereka lebih selesa membangkitkan sesuatu isu secara satu hala dan tidak pula berani untuk bersemuka dalam apa bentuk sekali pun samada berdebat, muzakarah, wacana ataupun berdialog.
Sikap umpama 'tin kosong' seumpama ini sebenarnya lebih kebudak-budakan dan sememangnya sesuai dilebalkan kepada Pemuda Umno Perak yang selama ini sentiasa mencipta pelbagai alasan untuk tidak bersemuka bagi mencari penyelesaian masalah berkaitan aqidah ummat Islam.
Dalam isu memegang lilin Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Pemuda Umno Perak telah terus membuat hukuman tanpa mendapatkan pandangan daripada tokoh ulama. Lebih buruk daripada itu,
Pemuda Umno Perak masih sanggup mengeksploitasikan isu memegang lilin walaupun Datuk Seri Nizar bersedia menginsafi perbuatan tersebut dan bertaubat di sidang Dewan Uundangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.
Ini amat berbeza dengan keangkuhan Datuk Seri Zambry yang lebih mengutamakan keegoan diri daripada kepentingan aqidah ummat Islam di negeri Perak yang perlu dipelihara dan dijauhi dari sebarang unsur-unsur khurafat dan syirik.
DPPN Pk juga kecewa dengan Pemuda Umno Perak yang tidak sabar menunggu keputusan rasmi Majlis Fatwa Negeri Perak dalam isu ancak tiang seri Datuk Seri Zambry berikutan permohonan yang telah dibuat DPPN Pk.
DPPN Pk melihat Pemuda Umno Perak dengan sengaja telah mendahului Majlis Fatwa Perak di dalam isu yang melibatkan aqidah ini. Di abad ini, tiada apa yang lebih malang dalam sejarah memerangi perkara khurafat di Perak yang dipelopori oleh ulama silam selain dari pengedaran sejuta CD yang dilakukan oleh Pemuda Umno Perak setelah terbukti apa yang dilakukan Datuk Seri Zambry tiada asas dalam syariah Islam.
MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment