Thursday, January 20, 2011

NAJIB DALAM KETAKUTAN


Oleh : Hafizi Pauzi

PARTI BUNTAR: Ucapan Perdana Menteri di DUN Tenang yang menyatakan bahawa undi terhadap PR akan membawa Malaysia ke arah Negara bankrap dan ia adalah satu kenyataan yang boleh disifatkan sebagai satu lagi pembohongan yang dahsyat dan tidak berfakta.

Demikian ulasan dari ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

“Saya ingin bertanya, apakah ideologi sebenar BN jika slogan sering ditukar-tukar setiap kali bertukar PM? Masa Tun Mahadhir wawasan 2020 diperjuangkan, masa Tun Abdullah Islam Hadhari dan terkini zaman Najib 1 Malaysia pula, berjuta wang rakyat habis semata-mata untuk tukar logo sana sini,” katanya ketika ditemui di sini.

Dalam pada itu Drs. Khalil menempelak tindakan Najib yang masih mengeksploitasi kenyataan Karpal "over my dead body" walaupun beliau (karpal) telah sehaluan dalam isu Negara Islam dan mengingatkan BN supaya jangan bangkitkan isu itu lagi.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga kini masih bersifat seperti seekor tikus terhadap pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya di televisyen dengan disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Beliau (Najib) dalam ketakutan, sebab itu dia meracau , dia saya lihat sangat takut dengan gelombang buku jingga Pakatan Rakyat, tempelaknya lagi.

Beliau juga menambah bahawa jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan janji 100 hari tersebut hanyalah RM19.2 billion, iaitu jumlah yang sama nilainya dengan subsidi korporat yang diberikan oleh Umno BN kepada IPP milik kroninya setiap tahun.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menyifatkan tawaran 100 hari Pakatan Rakyat adalah untuk rakyat dengan mengembalikan RM51 billion wang Negara ke pangkuan rakyat semula, jelasnya.

No comments:

Post a Comment