Friday, January 14, 2011
UMNO SUKA LIHAT RAKYAT MISKIN
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa, kajian yang dijalankan oleh Economist Intelligence Unit mendapati bahawa demokrasi di Malaysia jatuh kepada anak tangga ke-71 berbanding tangga ke-68 pada tahun 2008 adalah satu perkara yang sangat membimbangkan bagi perjalanan sesebuah Negara yang memegang prinsip demokrasi
Penilaian tersebut dibuat melalui lima kriteria iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, fungsi kerajaan, penyertaan politik, budaya politik dan kebebasan sivil. Malaysia mengalami penurunan dalam budaya politik dan kebasan sivil, meskipun meningkat dalam peratusan fungsi kerajaan.
Menurut beliau apabila ditanya kepada masyarakat kampung berkenaan dengan keluarga, pekerjaan, pendapatan, bantuan kewangan, politik dan kerajaan, kita pasti akan mendapati ramai di antara mereka yang berada di bawah paras kemiskinan tegar, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Beliau menyatakan, mereka yang dikategorikan sebagai miskin ialah mereka yang sukar memenuhi keperluannya yang amat asasi sebagai manusia, yang dinamakan kemiskinan mutlak. Namun pengkategorian kemiskinan adalah relatif, berbeza mengikut kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan penghuni bandar dan luar bandar.
Beliau menyatakan lagi, ada di antara mereka yang mempunyai penghasilan gaji tetap, swasta, usahawan kecil dan bekerja sendiri. Akan tetapi penghasilan yang diperoleh setiap bulan tidak mencukupi untuk hidup secara selesa, apatah lagi untuk mendapatkan tempat tinggal yang layak, pendidikan anak-anak, kemudahan kesihatan yang terbaik dan sebagainya. Ada pula yang tidak mempunyai penghasilan tetap, bahkan ada yang tidak bekerja. Mereka mendapatkan sumber wang melalui cara meminta sedekah dan mencuri tegas beliau.
Justeru kita mendapati bahawa, tekanan hidup yang mereka hadapi memberi kesan kepada sokongan politik. Disebabkan tekanan hidup yang tinggi, mereka cenderung untuk mengharap kepada bantuan. Ada juga yang berpendapat masyarakat miskin adalah masyarakat warung, sesiapa yang membeli dan membayar akan dilayani. Apa maksudnya?
Masyarakat miskin sangat dipengaruhi oleh pemberian yang memberi kesan kepada sokongan. Ini bermakna, sesiapa yang membayar mereka, maka itulah pihak yang akan diundi di dalam pilihanraya. Maka timbul persoalan, dapatkah masyarakat sebegini mengamalkan demokrasi secara baik, penuh kesedaran dan tanggungjawab? Tegas beliau
Beliau berpendapat bahawa demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat miskin adalah demokrasi perut . Ia bermaksud mana-mana pihak yang dapat memenuhi keperluan mereka secara pragmatik seperti memberi wang, bahan makanan dan sebagainya menjelang pengundian, pihak itulah yang akan mereka undi dalam pilihanraya nanti.
Selain itu apabila ditanya kepada masyarakat kampung, khususnya masyarakat di pedalaman mengenai politik, maka jawapan mereka sangat membimbangkan. Mereka akan memilih pihak yang memberi bantuan wang (yang sebenarnya hanya diberikan apabila menjelang hari pengundian). Apa yang menarik, ada juga di antara mereka yang mempertaruhkan 1 undi hanya untuk mendapatkan wang 50 ringgit yang dijanjikan.
Justeru beliau menyatakan, dalam masyarakat miskin dan akses kepada pendidikan kualiti yang kurang, demokrasi tidak dapat tumbuh dan berkembang dengan baik. Demokrasi dapat dijual kepada kuasa ekonomi dan politik dengan harga yang murah, kerana tekanan kemiskinan dan ketidaktahuan. Maka, masyarakat sebegini akan menyalurkan aspirasi politik mereka kepada mereka yang mempunyai kuasa wang.
Dengan itu Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih kuat untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat Malaysia terutama yang berda di kawasan pendalaman, hal ini sangat penting kerana strategi Umno Bn untuk mengekalkan kuasa mereka adalah dengan terus membiarkan penduduk kampong dan pendalaman tidak maju dan berada ditahap kemiskinan yang sangat teruk, hal ini penting bagi mereka untuk mereka mengamalkan rasuah politik wang yang selama ini diajar oleh mereka kepada masyarakat luar Bandar, tegas beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment