Friday, January 14, 2011

NEGARA AKAN BANGRAP DI BAWAH BN?


Drs. Khalil Idham Lim

Datuk Seri Najib nampaknya membuat alasan yang bukan-bukan untuk mengelak dari berdebat dengan Datuk Seri Anwar dengan dipetik berkata tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.

Saya menyokong dengan kenyataan Perdana Menteri yang berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya. Dan inilah alasan yang sebenar kepada Najib yang takutkan rakyat menilai hujah yang dikemukan olehnya yang mewakili BN dan menilai hujah dari Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat.

Tawaran "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat jika menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru adalah tawaran yang ditakuti oleh Najib sehingga ianya menjadi perhatian sejak dibentang pada konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang awal Disember tahun lepas.

Seingat saya Najib mengeluatkan kenyataan awalnya memperlekeh tawaran itu sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat dan mengatakan akan membuat kenyataan lain setelah membuat kajian.

Tetapi yang peliknya kenyataan demi kenyataan Najib selepas itu nampaknya untuk berselindung dengan hakikat bahawa tawaran itu adalah dalam ruang lingkup kemampuan negara dan berulangkali Pakatan Rakyat dikatakan akan membankrapkan negara.

Perdana Menteri dan ramai pakar ekonomi upahan BN menggambarkan sesuatu yang tidak masuk akal dan menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Penjelasan yang sangat mudah yang dikemukakan oleh pakatan rakyat ialah betapa pelan 100 hari memerlukan biaya sekitar RM19 billion sedangkan bajet yang membazir dan tidak sepatutnya dibentang oleh Najib untuk bajet 2011 melebihi dari jumlah itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar dia menegaskan jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Sebagaimana yang disifatkan Anwar bahawa UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta, akhirnya isu yang diperkatakan secara terbuka ini mendedahkan kepada rakyat bahawa apa yang kemukakan oleh pakatan Rakyat dalam janji 100 harinya adalah sesuatu yang masuk akan dan boleh dilaksanakan.

Jauh sekali dari membankrapkan dan memufliskan negara kerana yang akan memufliskan negara adalah penerusan kuasa oleh BN yang mesti dihentikan oleh rakyat pada PRU yang ke 13 akan datang.Apabila rakyat sedar bahawa tawaran dari Pakatan Rakyat adalah yang terbaik dan cuba dinafikan dengan putar belit dari pimpinan BN tanpa berani untuk berdebat maka menurut perkiraan saya BN sekarang dalam keadaan terdesak.

Asakan dan penjelasan berterusan oleh pimpinan Pakatan Rakyat mengenai kewajaran tawaran 100 hari adalah bahan kempen yang berterusan untuk menunbangkan BN dalam PRU ke 13 akan datang.

WASSALAM,

YB. Drs. Khalil Idham Lim
@Lim Chuan Hing
Blog Cina Islam

No comments:

Post a Comment