Wednesday, January 19, 2011

PR PERAK SOKONG PERTEMUAN ANTARA AGAMA


Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR: Hasrat Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mengadakan pertemuan antara sesama tokoh-tokoh pelbagai agama di negara ini bagi membuat rumusan mengenai judi, arak, zina dan juga pergaulan bebas disokong baik oleh Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Hasrat ini adalah suatu yang amat dialu-alukan, bersesuaian dengan keperluan semasa, supaya ia dapat mencetus kefahaman yang sahih tentang agama yang ada di Malaysia terutama apabila membabitkan pengamalannya ketika masyarakat antara agama ini berada dalam komuniti yang sama.

“Pertemuan umpama dialog ini akan menjadi titik tolak kepada kefahaman Islam yang betul di kalangan bukan Islam dan ini amat baik jika diteruskan,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil dham Lim ketika ditemui di sini.

Menurutnya lagi yang juga ADUN Titi Serong, pertemuan ini bukan sahaja punyai impak setempat seperti yang pernah dianjurkan oleh NGO dan juga persatuan-persatuan keagamaan, akan tetapi ia punyai impak nasional.

Isu ini perlu kepada pembetulan yang drastik, dan Menteri Besar Kelantan telah mengambil langkah yang tepat pada masanya.Tambahnya pada masa sekarang ini memang sedang wujud pihak yang amat memusuhi keharmonian masyarakat terhadap kefahaman Islam yang menyeluruh.

“Umno BN lah yang dimaksudkan, merekalah yang sedang menjalankan kerja jijik ini, mereka ialah musuh kepada faham Islam syumul di kalangan masyarakat Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu YB Khalil Idham Lim menyaran supaya pertemuan ini dipercepatkan penganjurannya, bahkan ia perlu diuar-uarkan kepada pimpinan tertinggi agama di tanah air, kemudian sebarkan maklumat ini kepada seluruh rakyat tentang perkara sebenar yang telah melanda, salah faham dalam kalangan masyarakat perlu dibendung.

“Dengan pertemuan itu diharapkan Umno BN tidak lagi menggunakan sentimen agama sebagai bahan hasutan mereka terhadap rakyat,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment