Friday, November 12, 2010

KEMENANGAN KIAN HAMPIR


IPOH: Seluruh PAS di setiap peringkat digesa terus tetap dan sabar dalam membawa perjuangan Islam untuk sampai kepada masyarakat. oleh itu penggerak-penggerak parti perlu terus istiqamah dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan kerana sudah menjadi adat perjuangan, pastinya mereka akan diuji sepertimana yang dinyatakan oleh Allah SWT

Menurut beliau lagi, istiqamah merupakan suatu perkara yang mudah untuk dikatakan akan tetapi pelaksanaannya amat sukar dan memerlukan kepada kesabaran dan pengorbanan yang tinggi.

"Istiqamah merupakan perkara yang amat berat sehingga tumbuh uban Rasulullah ketika mana turunnya ayat yang menyuruh untuk istiqamah," ujarnya..

Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein dalam kenyataan medianya di sini 11 November lalu.

PAS merupakan parti yang amat bersungguh sungguh dalam memperjuangkan Islam sejak dari zaman kemerdekaan lagi, malah tidak pernah berundur daripada medan mendaulatkan syariat Allah di muka bumi ini.

“Kita tidak harus berundur sekarang kerana kita yakin kemenangan sudah semakin hampir dengan kita, seluruh ahli supaya terus tetap berada di jalan perjuangan dan seterusnya mengatakan bahawa untungnya menjadi pejuang Islam adalah kerana dihujungnya, pasti akan mencapai kemenangan samada kemenangan di dunia ataupun mendapat syahid.

UMNO kini sudah begitu laqma memerintah Malaysia. negara ini memerlukan pembaharuan untuk membawa kepada masyarakat, kerana itu penggerak-penggerak parti perlu bekerja dengan untuk lebih kuat lagi, katanya.

“Dengan izin Allah dan kesungguhan kita bergerak kerja, UMNO dan BN akan tumbang pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti,” tegas beliau.

No comments:

Post a Comment