Friday, November 26, 2010

POLITIK PERKAUMAN UMNO


IPOH: UMNO cuba menipu orang Melayu dengan membangkitkan isu perpecahan Melayu yang kononya sedang berlaku di Peraksedangkan apa yang dicanangkan itu hanyalah kenyataan yang tidak berasas sekadar mahu mendapat sokongan dari orang Melayu sahaja.

"UMNO merasakan kononnya parti itulah yang mengambil berat orang Melayu, hakikatnya PAS selama penubuhannya, telah sekian lama memperjuangkan kesatuan Melayu, bezanya ialah kesatuan yang diusahakan oleh PAS adalah berasaskan Islam sedangkan apa yang dilakukan oleh UMNO adalah berasaskan sentimen perkauman yang sempit."

Demikian ditegaskan Pesuruhjaya PAS Perak , Ustaz Abu Bakar hussein dalam kenyataan dalam kenyataan medianya di sini 25 November lalu.

Bagi PAS dan mereka yang berjuang di atas dasar Islam, UMNO adalah punca perpecahan umat Islam kerana UMNO membawa dasar selain dari Islam sebagai dasar perpaduan ummat Islam,jelasnya.

"UMNO membawa sebuah dasar yang bukan dari Islam dan dalam banyak segi, bercanggah dengan Islam," ujarnya.

Menurutnya, usaha PAS untuk menyatupadukan umat Islam atas dasar Islam digagalkan UMNO melalui berbagai cara termasuk fitnah, penyelewengan maklumat dan tidak ketinggalan juga penggunaan ISA terhadap pimpinan PAS.

UMNO sebenarnya gagal menyatupadukan orang Melayu atas dasar Melayu kerana PAS membawa persoalan agama ke dalam arena politik, satu tindakan yang ditolak UMNO.

"PAS memberitahu orang Melayu bahawa dasar "Melayu" yang mengharuskan rasuah, kezaliman, penyelewengan, penindasan, kronisma dan segala yang tercela "demi kepentingan Melayu", adalah sesuatu yang menyesatkan.katanya.

Oleh itu sebahagian dari orang Melayu tidak bersama UMNO dan sebaliknya memilih untuk bersama PAS, katanya.

"UMNO memberitahu orang Melayu bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik sekiranya tidak bersatu di bawah payung mereka dan menakutkan orang Melayu dengan ramalan-ramalan seperti orang Melayu menggemis di negara sendiri dan sebagainya., manakala PAS memberitahu umat Islam bahawa keadaan "lemah" mereka adalah hasil dari perjuangan "Melayu" yang diperalatkan segelintir elit Melayu untuk mengkayakan diri mereka sendiri di atas nama semangat Melayu, katanya.

Sehubungan itu PAS menyeru umat Islam untuk kembali kepada Islam dan menolak dasar Melayu ini, pendekatan yang dibawa UMNO selama ini akan menyebabkan ummat Islam menjadi semakin lemah.

No comments:

Post a Comment