Friday, November 19, 2010
ZAMBRY JAHIL AGAMA?
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta sikap kejujuran Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku EXCO Agama Islam Kerajaan Negeri Perak yang masih menafikan dan mempertahankan tindakannya semasa menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober baru-baru hanya mengatakan membantu memegang tiang sahaja dan melakukannya tanpa niat.
DPPN Pk merasakan kedudukan Datuk Seri Zambry yang juga EXCO Agama Islam sudah tentu mempunyai ilmu dan pengetahuan berkaitan tindak tanduknya. Apa pun terserahlah kepada Datuk Seri Zambry jika beliau benar-benar jujur dan bertanggungjawab. Walaupun penjelasan Datuk Seri Zambry hanya membantu memegang tiang dan terkini melakukan tindak tanduk tersebut tanpa niat, tetapi malangnya Datuk Seri Zambry masih tidak mengaku salah dan tidak menghalang upacara seumpama itu terus dilakukan.
Seperkara lagi ialah, dimanakah peranan Kapten (Bersara) Ustaz Mohd Najmuddin Alias Al-Hafiz sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama kepada Menteri Besar Negeri Perak? Dan dimanakah orang-orang penting Agama Datuk Seri Zambry seperti penceramah tetapnya Ustaz Kazim Alias atau penceramah Perak FM Haji Yob Saidin Md Yamin di dalam memperkatakan isu ini? Ataupun, dimanakah tokoh-tokoh Agama Umno Negeri Perak yang mampu menafikan tindak tanduk Datuk Seri Zambry tersebut salah atau sebaliknya?
Apa pun persoalannya, DPPN Pk berharap pihak terbabit tampil mengeluarkan pandangan atau pendapat bagi merungkai persoalan-persoalan tersebut. Rakyat sudah tentu mahukan penjelasan serta persoalan tersebut dijawab. DPPN Pk menunggu respon pihak terbabit dan bersedia memberikan bahan-bahan rakaman bagi mendapatkan penjelasan.
ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagaimana pula kalau bersahabat dengan Syaitan dan mengatakan Allah juga mencarut seperti kata Nik Aziz?
ReplyDelete