Monday, November 29, 2010

PEMUDA PAS PERAK KECEWA SIKAP MUFTI PERAK


IPOH: 29 Nov:Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melahirkan rasa dukacita Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kerana masih gagal mendapatkan penjelasan daripada pihak beliau berhubung tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Abdul Kadir yang dikatakan menyuburkan ama;am kurafat.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan dalam sepucuk suratnya kepada Harussani bertarikh 29 November.

Menurutnya walaupun difahamkan Harusani ada membuat ulasan di media massa arus perdana, tetapi pihak Pemuda PAS Perak masih belum mendapatkan penjelasan rasmi daripada pihak Dato' Sero Harusani sepertimana yang dijanjikan.

Adalah menjadi kekeliruan daripada pihak Pemuda PAS Perak mahupun rakyat bilamana seolah terdapat percanggahan ketara di dalam kenyataan Harussani pada 7 November yang disiarkan Sinar Harian dan pada 10 November di dalam Berita Harian.

Sehubungan itu adalah menjadi harapan Pemuda PAS Perak dan juga umat Islam seluruhnya agar pihak Dato' Seri Harussani dapat memberikan penjelasan rasmi dan membuat penafian terhadap berita yang telah dikeluarkan.

Sekiranya jika ada diantara berita tersebut tidak memberikan penjelasan sebenar terhadap apa yang telah dinyatakan , adalah menjadi harapan Pemuda PAS Perak agar beliau mengambil tindakan undang-undang bagi memperbetulkan suasana yang berlaku.

Sebelum ini Pemuda PAS Perak telah menghantar memorandam kepada Dato; Seri Harussani pasda 22 Oktober lalu berkaitan tindakan Zambry memasang ancak di tiang seri.

No comments:

Post a Comment