Monday, November 8, 2010

SURAT PEMUDA PAS KEPADA ZAMBRY


PAS/DPPN.05/2.05
8 November 2010 / 1 Zulhijjah 1431

Kepada :

Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir

YAB. Menteri Besar Perak

Pejabat Menteri Besar Perak,

Aras 2,

Bangunan Perak Darul Ridzuan,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,

30000 Ipoh.

(No. Fax : 05-254 0278)


YAB. Dato’ Seri;


ISU PENDIRIAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK

Perkara di atas adalah dirujuk.
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk), saya ingin menarik perhatian YAB. Dato’ Seri berhubungan kenyataan meminta pendirian kami berikutan dakwaan terhadap perbuatan YAB. Dato’ Seri yang jelas membudayakan kembali unsur syirik dan khurafat dalam amalan orang Melayu.

Pihak kami amat berbesar hati atas permintaan YAB. Dato’ Seri yang ingin mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan YAB. Dato’ Seri kepada YB Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan pihak kami bersedia bersemuka dengan YAB. Dato' Seri bagi menjelaskan perkara tersebut.

Oleh yang demikian, pihak kami sedia menerima cabaran YAB. Dato’ Seri untuk menjelaskan pendirian kami tetapi ianya mestilah dibuat dalam satu pentas bersama bagi memberi peluang kepada rakyat dan umat Islam memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN). Pihak kami juga bersedia untuk menjelaskan dakwaan bahawa tindakan YAB. Dato’ Seri jelas mendokong amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Justeru, pihak kami menantikan persetujuan pihak YAB. Dato’ Seri bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya. Jika YAB. Dato’ Seri gagal memberikan sebarang respon, ini bermakna YAB. Dato’ Seri bersetuju dengan dakwaan kami namun masih ingin mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari daripada akidah Islam.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Saya yang benar,

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

DR RAJA AHMAD AL-HISS

Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

S.k : 1. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

2. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak

3. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

4. Fail Timbul

No comments:

Post a Comment