Sunday, November 7, 2010
SEMANGAT JUANG TIDAK AKAN LUNTUR
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak berpandangan kekalahan PAS di Galas dalam pilihan raya kecil (PRK) tidak akan mematahkan semangat juang yang ada pada semua pejuang dan penyokong parti serta Pakatan Rakyat. Berhubung dengan hal tersebut, Sekretariat Pakatan Rakyat Perak ingin membuat kenyatan media:
1. Pakatan Pakyat Perak mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas PAS dan PR , khususnya mereka yang datang dari Perak, Sesungguh semangat juang yang tinggi dari semua petugas dengan tidak mengenal penat dan lelah serta pengorbanan wang ringgit amatlah dihargai.
2. Saya menyeru semua pihak supaya menerima kekalahan dengan hati terbuka sebagai adat pertandingan. Kita sebenarnya menghadapi jentera kerajaan dan bukannya hanya jentera BN dan UMNO dan ini tidak sepatutnya berlaku dalam amalan demokrasi , PR Perak juga mengingatkan bahawa kita mesti yakin terdapat hikmah di sebalik keputusan yang diterima semalam.
3. Disamping itu saya merasa kesal dengan beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku, antaranya ialah seperti isu berikut :
i. Kejadian kertas undi yang dikeluarkan di pusat pengundian di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Baru, Galas didakwa tidak tercetak lambang parti.
ii. Isu habuan p'raya di DUN Galas : Ratusan beratur untuk mendapatkan RM250 dan Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun membisu bila diminta respon mengenainya.
iii. Isu SPR membenarkan logo parti memasuki pusat mengundi iaitu sebagaimana yang diulas oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.
4. Pakatan Rakyat Perak juga ingin menyeru supaya semua bersiap sedia untuk PRU ke 13yang dijangkakan akan berlaku bila-bila masa dari sekarang, dan Pakatan Rakyat Perak seterusnya menggesa para petugas supaya meningkatkan gerak kerja pilihanraya.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua Sekretariat PR Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment