Monday, November 15, 2010
MUFTI BISU
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan Mufti-Mufti di Malaysia terutamanya Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak yang masih belum menjawab persoalan berkaitan tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu.
Walaupun Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid Mufti Kerajaan Negeri Selangor ada mengutus sepucuk surat kepada DPPN Pk berkaitan isu tersebut, tetapi lebih berbentuk makluman sahaja tanpa ada jawapan yang jelas.
Mengapa dengan isu yang sebegitu jelas tersebut tiada Mufti yang berani memberikan pandangan mereka? Mengapa juga Tan Sri Harussani masih belum memberikan jawapannya yang rasmi walaupun media arus perdana telah mengeluarkan jawapannya?
Perkara ini akan menyebabkan rakyat terus keliru terutamanya masyarakat Melayu / Islam yang sudah lama meninggalkan amalan tersebut. Tidak bolehkah Mufti di seluruh Negara mencadangkan agar perkara ini dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan satu kepastian?
DPPN Pk amat sedih sikap membisu seribu bahasa para Mufti di dalam Negara kita, kebimbangan DPPN Pk ialah umat Islam di Negara ini akan terus mengamalkan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment