Monday, November 29, 2010

PAS PERAK KECEWA


IPOH: 29 Nov: PAS Negeri Perak Perak kesal dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Perak yang tidak memberikan kebenaran untuk mengikuti sidang DUN Perak pada esok hari sekaligus menafikan hak kepada PAS Perak selaku menjadi pemerhati ke sidang berkenaan.

Demikian ditegaskan Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui di Pejabat PAS Negeri di sini hari ini.

Menurut beliau, PAS Perak telah memohon kepada Setiausaha Dewan untuk menghantar wakil sebagai pemerhati tetapi hingga hari ini tidak mendapat jawapan dari pihak Speaker.

Selain dari PAS Perak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan PAS kawasan kawasan difahamkan telah menghantar surat memohon mendapat kebenaran mengikuti sidang DUN pada 30 November ini.

"Kita sungguh kesal dengan tindakan ini, sedangkan sewaktu Pakatan Rakyat memerintah negeri ini semua pihak diberikan kebebaran untuk mengikuti sidang DUN.

"Ini menunjukkan Kerajaan BN sekarang tidak mahu maklumat tentang sidang DUN diketahui umum, sekaligus menyekat kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat," katanya.
.

No comments:

Post a Comment