Wednesday, December 29, 2010

ZAMBRY BOHONGI HARUSSANI


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) setelah meneliti surat jawapan balas Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak, berhubung dengan perbuatan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir menghadiri majlis ancak tiang seri dua bulan yang lepas merasa kesal dengan keterangan yang mengelirukan dari Datuk Seri Zambry serta hujah yang tidak diperkukuhkan dengan nas Al-Quran dan Sirah Nabi bagi menjelaskan kepada ummat Islam hukum sebenar terhadap majlis yang diadakan tersebut.

DPPN Pk melihat Datuk Seri Zambry tidak berkata benar setelah Tan Sri Harussani ingin mendapatkan penjelasan. Jelas Datuk Seri Zambry yang baru menunaikan Ibadah Haji tidak memperjelaskan perkara sebenar apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut di Kampung Guar, Manong. DPPN Pk amat kesal sikap berdalih Datuk Seri Zambry kerana masih mengelirukan ummat Islam di Negeri Perak khasnya dan Negara amnya.

DPPN Pk mendesak Datuk Seri Zambry agar menjelaskan perkara sebenar supaya tidak terus mengelirukan ummat Islam. Ini kerana Datuk Seri Zambry yang memegang jawatan penting berkaitan agama Islam tidak sepatutnya menghadiri atau membenarkan majlis seumpama Majlis Ancak Tiang Seri dijalankan serta diamalankan kembali di Perak ini. DPPN Pk meminta kepekaan Datuk Seri Zambry agar berterus terang di dalam perkara ini agar ummat Islam tidak terus mengamalkannya.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Friday, December 24, 2010

1 MALAYSIA: PEMANDU BAS/LORI KENA ADA DIPLOMA


Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 23 Dis : Kerajaan dicadangkan menetapkan pemandu kenderaan berat sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan diploma sebagai langkah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan seperti lori dan bas, kata Senator Datuk Idris Buang semasa membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 di Dewan Negara hari ini.

"Cadangan dari salah seorang Senator BN itu telah mendapat liputan meluas. Namunapakah kewajaran cadangan ini diambil kira sebagai cadangan yang terbaik untuk mengatasi kemalangan maut yang semakin meningkat di malaysia" soal ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

"Saya tidak nampak kewajaran cadangan itu kerana kemalangan tidak ada kaitan dengan sijil pemandu atau apa-apa berkaitan kelayakan akademik, orang yang memiliki ijazah pun terlibat dengan kemalangan, kata nya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Menurutnya, kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan awam mahupun persendirian amat berkait rapat dengan banyak faktor lain, antaranya seperti struktur jalan yang merbahaya, pemandu yang letih atau mengantuk, keadaan kenderaan yang tidak stabil dan lain-lain faktor yang boleh menjejaskan pemanduan yang selamat.

"Kerajaan perlulah meneliti dalam pelbagai aspek secara menyeluruh mengenai kejadian kemalangan maut yang mengorbankan banyak nyawa sebelum meletakkan kesalahan kepada pemandu sahaja." katanya.

"Walaupun ada PHD sekalipun, adakah kemalangan maut dapat dielakkan kalau faktor-faktor lain diabaikan oleh kerajaan" sindirnya.

Menurutnya kerajaan jangan cuba untuk menutup kelemahan setelah memerintah selama 50 tahun kerana gagal menyediakan kemudahan asas yang lebih sempurna kepada rakyat.

"Kerajaan sepatutnya telah mampu menyediakan sistem jalan raya yang lebih selamat kepada rakyat dengan hasil negara yang ada namun mereka lebih suka menyalurukan peruntukan untuk bermegah sahaja. Terkini rencana membina menara warisan dengan bajet 5 billion" katanya.

"Sudah masanya satu peruntukan yang besar diberikan dalam setiap kali bajet untuk memulihkan sistem pengangkutan negara yang mendedahkan rakyat kepada kemalangan maut" Jelasnya.

Thursday, December 23, 2010

PERJELASKAN KEPADA RAKYAT TAWARAN 100 HARI


Oleh : Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 22 Dis :- Mengulas mengenai kenyataan PM dan TPM yang disifatkan sebagai cuba memperkecilkan tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia menggambarkan bahawa isu ini sudah melahirkan keresahan yang bukan kepalang bagi pimpinan tertinggi parti itu.

Dalam isu ini, Pakatan Rakyat perlu membentuk satu pelan jangka masa pendek, dalam masa yang sama tidak mengabaikan pelan jangka masa panjang dalam misi menawan Putarajaya.

Pelan tersebut haruslah merangkumi gerak kerja dari peringkat pimpinan tertinggi parti dan disemua peringkat dalam Pakatan Rakyat turun padang, bersua dengan rakyat bertujuan memperjelaskan program 100 hari sebagaimana yang termaktub di dalam buku Jingga yang menjadi topik perbahasa dalam Konvesnsyen pada Ahad baru-baru ini.

“Pakatan Rakyat mesti melakukan sesuatu supaya rakyat faham dengan tawaran itu dan mereka kekal dengan momentum anti BN, pimpinan PAS,DAP dan PKR perlu turun padang bagi menjelaskan program 100 hari tersebut,” kata ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Menurutnya lagi, rakyat khususnya menaruh harapan tinggi agar pihak kerajaan mampu mengatasi masalah besar yang melanda Malaysia pada hari ini, antaranya masalah jenayah, rasuah, salah guna kuasa, kemerosotan ekonomi, kemusnahan sistem kehakiman, dan yang paling mengusarkan hati ialah masalah salah faham Islam dalam kalangan umat Islam sendiri.

Selain itu bila pemimpin Pakatan turun kebawah menjelaskan iisu berkenaan sekaligus menyakinkan rakyat bahawa itu adalah suatu kenyataan yang boleh dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

“BN nampaknya seperti sudah tidak mampu menangani permasalahan ini, respon awal Najib dan Muhyiddin menanmapkan mereka menggelabah, Saya kira strategi Pakatan Rakyat sudah mengena dan usaha turun kebawah menjelasakan kepada rakyat mestilah disegerakan,” tegasnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan "Buku Jingga" yang dilancarkan dalam konvensyen pakatan Rakyat Ahad lalu diperbanyakkan dan disebarkan kepada seluruh rakyat malaysia secara percuma bagi memastikan pelbagai tawaran lain sampai kepada rakyat.

"Waktu sekarang mereka ada masa untuk baca< kalau parlimen dan DUN dibubarkan nanti mereka tidak baca lagi< waktu itu sudah terlambat" Katanya .

NAJIB , MUHYIDDIN KENAPA MENGGELABAH


Oleh: Drs. Khalil Idham Lim

PM 1Malaysia, dilihat sangat gusar dengan tawaran 100 hari bila berkuasa yang diberikan oleh Pakatan Rakyat, Najib Tun Razak memberi reaksi

segera dengan menyifatkan kenyataan Pakatan Rakyat sebagai tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar apabila mahu melaksanakan Program

100 Hari jika berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ahad lepas Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat Malaysia Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi

dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya umum akan datang.

Najib memberi reaksi segera dan menjanjikan kenyataan lebih terperinci sebagai jawapan balas kepada janji Pakatan Rakyat dalam konvensyen di

Pulau Pinang Ahad lalu.

ëëKita akan beri reaksi yang lebih jelas sebab apa yang dia nyatakan itu tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar,î katanya.

Sejak tawaran ini dikeluarkan pada Ahad lepas saya melihat pemimpin BN sangat menggelabah dan mula memberi jawapan dengan memperkecil tawaran

itu. Tawaran ini tidak mengambil kira pelbagai tawaran lain dalam buku Jingga yang menjadi topik perbahasa dalam Konvesnsyen sehari itu.

Muhyiddin Yassin pula menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu

rakyat.

Satu kenyataan yang saya lihat memperbodohkan dirinya sendiri dan rakyat Malaysia bila menafikan satu tawaran yang selama ini diperjuangkan

oleh rakyat. Ianya sudah lama sepatutnya dilaksanakan oleh Kerajaan BN .

Lucunya Muhyiddin menganggap kenyataan Pakatan Rakyat itu sekadar umpan untuk menarik pengundi dengan bermacam-macam tawaran istimewa tanpa

membuat perkiraan betul terutama dari segi kewangan dengan menyifatkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengalaman mengepalai Kerajaan Pusat

berikutan setiap keputusan memerlukan kajian, penelitian dan kesan tempoh masa panjang.

Perlulah ditegaskan bahawa tawaran itu adalah susuatu yang telah dibuat setelah mengambil kira berbagai aspek kemampuan kewangan negara hasil

dari kajian dari sebuah panel dan pakar ekonomi yang dilantik.

Tawaran itu juga mengambil kita pengalaman di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat sehingga sekarang iaitu, Kelantan, Kedah, Pulau

Pinang dan Selangor. Sebelum itu kita buktikan semasa 11 bulan berkuasa di Perak.

Adalah diakui pandang Najib dan Muhyiddin adalah dalam kotak pemikiran pemimpin BN yang berbelanja boros dan tidak mengutamakan kan sesuatu

perojek yang perlu diutamakan. Pemimpin BN lebih bangga dengan projek mega dari memberi subsidi kepada rakyat.

Sikap mementingkan kroni dan rasuah serta penyelewengan sehingga berbillion wang negara lesap begitu sahaja memastikan kegagalan usaha

memulihkan ekonomi negara yang semakin tenat.

Kerana itu janji 100 hari hanya mampu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dengan menjanjikan pemberantasan rasuah secara serius serta

mengutamakan rakyat serta berhemat dalam berbelanja.

Terbaru projek pembinaan menara Warisan dengan biaya sebanyak 5 billion mebuktikan itulah watak dan wajah sebenar pemimpin BN dalam

membangunkan negara.

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan

prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, pakatan Rakyat menjanjikan akan melaksanakan program

berikut:

1. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

2. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya

untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

3. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana

bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

4. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.

5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.

9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Wednesday, December 22, 2010

PR PERAK BANTAH KENAIKAN HARGA SUSU


Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 21 Dis :- Bercakap tentang tekanan berterusan dengan kenaikan harga barang terhadap rakyat, nampaknya hingga sekarang masih belum bertemu noktah bila baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi respon kepada media bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini rentetan harganya meningkat di pasaran dunia.

Demikianlah menurut apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa harga penjualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka meningkat tidak lama lagi (sekarang telah dinaikkan) disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia.

“Nampaknya masih ramai rakyat yang tidak sedar dan tahu bahawa mereka (rakyat) diasak oleh kerajaan BN dari segi harga barang dan keperluan asas yang lain berikutan kenaikan bertubi-tubi dalam masa terdekat ini,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Menurutnya lagi, harga minyak yang menerima kenaikan sebanyak 4 kali dalam tahun 2010sahaja sudah cukup membebankan rakyat, dan kini asakan tersebut sekali lagi diteruskan dengan peningkatan harga susu pula.

Rakyat Malaysia telah diberi “pendidikan” sebaiknya oleh BN supaya menghukum BN dalam PRU akan datang, katanya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Tambahnya, helah BN terhadap rakyat berikutan kenaikan harga susu dengan menyatakan bahawa mereka tiada kuasa untuk menghalang kenaikan harga bahan mentah tersebut, semua ini merupakan alasan untuk menutup isu sebenar, iaitu BN hilang kredibiliti memerintah negara.

Dalam pada itu, beliau yang juga ADUN Titi Serong menyebut bahawa Negara pernah menyaksikan susu mentah keluaran tempatan pernah terpaksa dibuang dalam kuantiti yang begitu besar berikutan stok bahan mentah yang terlebih satu ketika dahulu.

Jika stok tersebut dikendali dengan baik oleh kerajaan, saya percaya, Negara dengan mudah dapat mengatasi kenaikan produk tenusu ini, dan sekarang terbukti BN memang sudah hilang upaya memerintah Negara.

Rakyat sepatutnya melihat isu ini dari perspektif kemampuan jangka masa pendek dan jangka masa panjang BN yang sudah tidak kemampuan mentadbir Negara ke arah memacu ekonomi serta kemampuan aspek pengurusan sumber negara.

“Pakatan Rakyat telah bersedia ke arah itu dengan gelombang Malaysia baru yang lebih menjamin kebajikan rakyat secara holistik, sudah sampai masa kerajaan BN di hukum, dan saya menyeru rakyat memberi undi dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat (PKR,DAP, PAS) pada PRU 13 nanti, sesuai dengan slogan kami "ubah sekarang, selamatkan Malaysia"” tegasnya.

Wednesday, December 15, 2010

KERAJAAN PULAU PINANG LEBIH PRIHATIN


Oleh : Hafizi Pauzi

IPOH :- Pakatan Rakyat Perak menyokong penuh usaha Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berulangkali memberi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang. Terkini melibatkan Semua 1,376 guru kelas agama fardhu ain (KAFA) di Pulau Pinang akan menikmati pembayaran khas RM100 sempena Maal Hijrah bermula minggu ini.

“Pemberian elaun tambahan dari kerajaan negeri ini merupakan insentif galakan yang bakal memacu lagi moral kerja bermutu di kalangan kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Tambahnya lagi, Seluruh kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa jabatan menikmati tambahan pendapatan mereka, ini adalah hasil dari keputusan bijak rakyat negeri Pulau Pinang yang memilih pemimpin mereka dengan betul, syabas diucapkan.

Sebelum ini bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang telah pun dibayar kepada 7,812 juta pada 1 Disember lalu,” kata beliau lagi.

Sedangkan RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan.Katanya

“Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini

“Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua.

“Tindakan ini dikira suatu yang amat wajar, kerajaan yang mempunyai kakitangan yang bermotivasi akan akan memberi impak positif terhadap mutu kerja untuk memenuhi keperluan serta tuntutan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang, katanya.

Menurutnya lagi yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Kerajaan pusat sepatutnya mencontohi tindakan kerajaan Pulau Pinang dalam soal menjaga kebajikan seluruh kakitangannya, ini adalah suatu tindakan yang amat wajar, malangnya, rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga barang.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang amat komited dalam memastikan seluruh warga perkhidmatan kerajaan negeri Pulau Pinang akan sentiasa dapat lebih daripada apa yang anggota perkhidmatan awam persekutuan ataupun kerajaan negeri lain dapat perolehi.

“Saya menyarankan agar negeri-negeri lain diseluruh Malaysia ,khususnya negeri lain dibawah Pakatan Rakyat turut mengikut jejak Ketua Menteri Pulau Pinang yang memberi berbagai bantuan kepada kakitangannya ” katanya.

“Nampaknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah kepimpinan Lim Guan Eng lebih efisyen daripada kerajaan persekutuan dalam soal menjaga kebajikan kakitangan, rakyat sepatutnya memilih Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti kerana UBN gagal setelah setengah abad memerintah, ujarnya.

Friday, December 10, 2010

KERAJAAN BN PERAK MENUJU MUFLIS?


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta penjelasan konkrit Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir bagi menangani permasalahan perbelanjaan kerajaan negeri
yang dilihat gagal meminima bahkan akan menambahkan hutang negeri yang sedia ada.

Datuk Seri Dr Haji Zambry juga gagal meyakinkan Dewan keupayaan kerajaan negeri
untuk mempertahankan simpanan tetap negeri dari susut akibat bajet perbelanjaan
yang tinggi.

Malah apa yang lebih membimbanglan ialah ketidakmampuan Datuk Seri Dr Haji Zambry memberi prospek jelas terhadap pendapatan kerajaan negeri hasil pelaburan asing bagi mengimbangi defisit bajet yang dibentangkan.

DPPN Pk melihat kegagalan kerajaan menarik pelaburan asing, berikutan isu pergolakan politik kesan rampasan kuasa Barisan Nasional (BN), akan menjejaskan pendapatan kerajaan negeri ditambah dengan pembelanjaan tidak berhemah kerajaan yang pastinya mengakibatkan defisit yang lebih besar pada pembentangan bajet tahun
depan.

Keadaan ini perlu diawasi dan dipertegaskan kerana dibimbangi kemerosotan pelaburan asing ini berterusan sehingga berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Ini kerana faktor yang akan menentukan kelicinan pentadbiran kerajaan negeri kelak banyak bergantung kepada kukuhnya keadaan ekonomi sesebuah kerajaan tersebut.

Bagi DPPN Pk, walaupun Datuk Seri Zambry menafikan bahawa kerajaan negeri tidak
akan muflis tetapi beliau tidak mampu menolak hakikat bahawa hutang pada tahun 2011
akan bertambah dengan hanya bergantung kepada sumber air Perak sebagai punca utama
pendapatan sedia ada.

Kesan pengurusan perbendaharaan negeri yang tidak efisyen oleh kerajaan UMNO / BN / Bebas akan secara langsung bakal terkena kepada rakyat jika tiada langkah drastik serta telus diambil. Sudah tentu pentadbir kerajaan negeri selepas PRU 13 nanti akan berhadapan dengan kesukaran yang sengaja dicipta oleh kerajaan sekarang.

MOHD MUNIR ALI
TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PERAK

Thursday, December 9, 2010

ZAMBRY PUTAR ALAM ?


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat gelagat Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir semasa menafikan kesilapannya di dalam menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program

Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu sebagai satu bentuk helah yang cuba membina persepsi lain terhadap istilah ancak yang digunakan sebagai tidak tepat dengan majlis yang telah dilangsungkan.

DPPN Pk secara jujur tidak pernah mereka istilah 'ancak' ini untuk dilemparkan tuduhan terhadap Datuk Seri Zambry tetapi hanya memberi komen dan nasihat berdasarkan laporan berita yang dipetik dari portal

Barisan Nasional (BN) sendiri. Namun DPPN Pk tetap konsisten mempertahankan bahawa Datuk Seri Zambry telah menjalankan satu upacara amalan khurafat yang berunsur syirik berdasarkan laporan dan video tersebut.

Secara dasarnya Datuk Seri Zambry telah jelas melakukan satu majlis yang tidak syar'i yang bertentangan dengan ajaran aqidah Islam yang amat tegas dalam melarang unsur-unsur syirik walaupun ianya tidak melibatkan sebarang penyelembelihan atau persembahan.

DPPN Pk amat kecewa dengan sikap angkuh Datuk Seri Zambry untuk tidak mahu mengaku salah dan bertaubat, sedangkan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah menjelaskan kedudukannya berkaitan memegang lilin tahun lepas.

DPPN Pk masih menganggap kenyataan Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak berkaitan ancak tiang seri adalah sebagai amalan khurafat. Sepanjang 4 (empat) hari Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tempohari, Datuk Seri Zambry tidak langsung menginsafi dan mengambil peluang untuk membetulkan kesilapannya dengan mengatakan ‘jika saya bersalah, saya akan bertaubat’, tetapi lebih suka untuk mengambil mudah dalam persoalan aqidah ini dengan hanya mengatakan ‘kalau Mufti kata salah, salah le saya mudah aje’.

Bagi DPPN Pk, Datuk Seri Zambry adalah seorang angkuh yang pandai bermain kata-kata. Datuk Seri Zambry akan terus lari daripada mengaku salah di atas perbuatannya yang akan terus dipersoalkan oleh umat Islam. Jika masyarakat Melayu / Islam bertindak untuk meneruskan perkara yang sama, maka Datuk Seri Zambry sebagai EXCO Agama Islam adalah contoh ikutan terbaik mereka.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,

Saturday, December 4, 2010

BAJET `GULA GULA'


IPOH: Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Dato seri Zambry Abdul Kadir jelas menunjukkan bahawa BN cukup `desperate, mahu mengembalikan sokongan rakyat kepada BN dengan `menggula gulakan' kumpulan warga tertentu dengan elaun bulanan, sumbangan kepada tabung, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil,kaum bukan melayu.

Bajet 2011 yang dibentang itu dipercayai merupakan kemungkinan persediaan untuk pilihanraya umum ke 13, tambahan pula pada 30 Nvember lalu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan UMNO yang sepatutnya dibuat tahun depan telah ditunda.

"Berdasarkan petunjuk ini kita percaya pilihanraya umum ke 13 akan diadakan pada tahun hadapan."

Demikian dinyatakan Ketua Pembangkang, Dat' Seri Mohamad Nizar Jamaludin sewaktu membahaskan bajet 2011 di sidang DUN pada hari kedua persidangan.

Beliau mendakwa Bajet 2011 Negeri Perak tidak kelihatan hasrat serta arahtuju bagi mendahulukan rakyat apatah lagi strategi dan petunjuk kearah kemakmuran dan merentasi kaum.

"kami Pakatan Rakyat mengemukakan dasar dan asas bajet alternatif yang lebih ceria dan menjamin kemampanan semua warga dan rakyat negeri Perak untuk jangka panjang," katanya.

Pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat berteraskan kepada falsafah serta prinsip tersebut sekaligus bajet Pakatan Rakyat berteraskan prinsip keadilan, amanah, ketelusan, integriti dan berkebajikan.

Pakatan Rakyat mengutamakan keadilan dan kesamarataan kepada semua rakyat perak tanpa mengira bangsa, latar belakang etnik ,agama ,budaya, jantina dan fahaman, tempat permastautinan.

Kerajaan Pakatan Rakyat cuba mengelak pembaziran tetapi Kerajaan BN Perak sekarang tidak mengamalkan apa yang Pakatan Rakyat amalkan..

"Kini diserata persimpangan jalan negeri Perak diletakan Poster ADUN Pangkor bersama isteri. Saya hendak tanya berapakah jumlah kos membuat poster banner tersebut sepanjang tahun 2009?," ujarnya.

"Pagi ini sahaja teriklan empay muka surat dalam Sinar Harian Perak mengiklankan bajet 2011 yang tak perlu dibazirkan wang rakyat. Saya hendak tanya berapa pula kos pengiklanan 4 muka surat tersebut dan dari sumber mana.?

Kenapa kerajaan membelanjakan pengiklanan itu jika kerajaan yakin bajet itu diterima rakyat," soalnya.

Beliau difahamkan permohonan juga dibuat kepada berbahasa Cina tetapi akhbar Cina menolak permohonan kerana mereka tidak berniaga dengan wang rakyat.

Sehubungan itu beliau mengajak semua rakyat negeri Perak memberi sokongan Pakatan Rakyat untuk mentadbir kembali negeri ini.

HUTANG PERAK MENINGKAT 500 PERATUS


IPOH: Atas asas dan hujahan oleh wakil kerajaan semasa pembentangan bajet, Negeri Perak telah memperolehi pulangan dan pendapatan luar biasa sejumlah RM117 juta, tetapi anehnya kerajaan negeri bukan sahaja tidak mampu menyediakan satu bajet seimbang, malahan deficit negeri telah meningkat RM6.20 juta dari RM23.9 melonjak ke RM29.12 juta.

Bagaimanapun, jika benar pendapatan kerajaan negeri bertambah secara mendadak seperti mana yang diwar-warkan, dicadangkan supaya satu bulan bonus harus diberikan kepada semua 8,000 kakitangan kerajaan Negeri sebagai pengiktirafan dan kenangan kepada jasa mereka.

Kakitangan Lembaga Air Perak (LAP) menerima bonus 3 bulan, atas asas kesaksamaan, kakitangan kerajaan negeri juga perlu diberikan penghargaan yang sewajarnya.

Jikalau kerajaan UMNO-BN tidak mampu melakukan, bah kata pepatah Melayu, hari tidak selamanya panas, untung rugi silih berganti,? Pakatan Rakyat sedia melakukannya insya Allah kita kembali memerintah negeri ini kelak.

Demikian dinyatakan ADUn Pantai Remis, Nga Ko Ming ketika berucasp membahaskan bajet 2011 do sidang DUN pada hari ketiga persidangan.

Menurut beliau lagi, setiap kali BN tukar Menteri Besar, slogan pun bertukar, slogan dahulu akan ditinggalkan.

Keyika zaman Dato' Seri Mohammad Tajol Rosli Ghazali, membawa slogan Setinggan Sifar menjelang 2015,

Namun kandungan bajet 2011 yang baru dibentangkan menyatakan Perak masih mempunyai 8,376 isi rumah setinggan, satu tamparan hebat kepada slogan tersebut, katanya..

"Kemudian datang slogan Perak Maju 2015 tetapi selepas rampasan kuasa, datang pula slogan Perak Aman Jaya, natijahnya ialah `bagaimana acuan, begitulah kuihnya, intipatinya macam kempen Inflasi Sifar, semuanya tinggal janji manis sahaja," ujarnya.

Dari pembentangan bajet pada 30 November lalu, ia memberikan gambaran kepada ahli ahli dewan seperti pepatah Melayu, `cakap berdegar degar, tahi tersangkut digelegar', walaupun ADUN Pangkor mengatakan beliau mencurahkan segala tenaga untuk meletakkan semula urus tadbir dan hala tuju negeri ini atas landasan yang betul dan kukuh.

Bagaimanapun, ADUN Pangkor memberitahu ahli ahli dewan ledakan Hutang kerajaan negeri semakin hari semakin menggunung, 1999 Hutang kerajaan Negeri adalah RM182 juta tetapi tahun 2010 hutang negeri kini mencecah paras RM903 juta.

"Ini satu peningkatan lebih kurang 500%! Fakta ini didepan mata kita yang tidak dapat dinafikan adalah, kini hutang negeri Perak telah melebihi segala simpanan kerajaan negeri dalam kumpulan wang bersatu kerajaan, " ujarnya.

Sekiranya Kerajaan Negeri perlu menjelaskan hutang segera, negeri Perak akan muflis. jika bersalah sila bertaubat, katanya.

ISU BOMOH: YB IDHAMLIM ADA BUKTI


IPOH : ADUN TIti Serong, Khalil Idham Lim yang akan dihadapkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Fewan apabila beliau membangkitkan seorang ADUN BN didakwa terlibat membawa bomoh ke dalam dewan akan mendedahkan perkara itu dalam jawatankuasa yang lebih demi menjaga maruah ADUN tersebut.

Beliau tidak mahu menyebut siapa ADUN BN yang terlibat itu ketika berbahas di dewan walaupun diasak oleh ADUN BN, tetapi beliau tidak menyebutnya kerana tidak mahu ADUN tersebut mmendapat malu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beliau yang mendedahkan perkara itu menyebabkan ADUN itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan mengikut Perintah Tetap 36 (3) (b) pada hari ketiga sidang dewan.

ADUN Titi Serong itu juga mendakwa mempunyai bukti yang ADUN BN itu membawa bomoh sebelum persidangan dewan pada tahun 2009.

Sebelum itu ketka membahaskan baget 2011, beliau membangkitkan isu bomoh dan enggan untuk mendedahkan siapakah ADUN yang terlibat membawa bomoh ke dalam dewan negeri sebelum sidang DUN Mei 2009.

Drs. Khalil bertegas untuk tidak mendedahkan nama ADUN yang terbabit sehingga ADUN Kamunting, Datuk Muhammad Zahir Abdul Khalid bangun mengusulkan dengan peruntukan Perintah-Perintah Tetap Dewan supaya dia dihadapkan kepada Jawatankuaa Hak dan kebebasan Dewan dan disokong oleh ADUn Pengkalan Hulu, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali.
.
Sebelum itu juga ADUN Titi Serong yang pernah mendedahkan perkara yang sama kepada media dan pernah dipanggil oleh pihak Polis untuk memberi keterangan selepas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Abdul Kadir membuat laporan polis akibat dari kenyataannya dewan dimasuki bomoh.

Sementara itu seorang lagi ADUn, iaitu ADUN Temengor, Datuk Hasbullah Osman juga dirujuk kepada jawatankuasa yang sama kerana mendakwa seorang Exco negeri Selangor terlibat dengan rauah.

Usul tersebut telah dikemukakan oleh ADUN Teja, Chang Lin Kang (DAP) dan disokong okeh ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai (DAP)

ADUN TEJA DEDAH PENYELENGAN TANAH PEMIMPIN UMNO


IPOH: ADUN Teja, Chang Lin Kang dalam membahaskan bajet 2011 di sidang DUN pada sidang DUN hari ketiga menyatakan dalam tempoh kurang daripada dua tahun negeri di bawah pentadbiran UMNO/BN didapati banyak penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam isu pengagihan tanah kerajaan.

Selalunya, tanah tidak diberikan kepada orang-orang miskin yang tidak mempunyai rumah atau orang-orang yang sudah lama mengusahakan tanah tersebut, tetapi kerajaan negeri memberikan tanah kepada OKU. OKU ini bukan Orang Kurang Upaya, tetapi Orang Kuat UMNO.

Sebagai contoh, di DUN Hutan Melintang dakwanya ada satu Rancangan Kampung Tersusun Simpang Ampat seluas kira-kira 7000 meter persegi.

RPT ini pada asalnya telah diwartakan kepada golongan miskin yang memerlukan tanah sebagai tapak rumah. Namun, apabila senarai diumumkan, orang yang mendapat lot rumah adalah orang-orang kuat UMNO' jelasnya..

Mereka ini merupakan pemegang jawatan di peringkat bahagian atau cawangan UMNO, termasuk Setiausaha Bahagian Bagan Datoh dan dua orang ketua cawangan, dakwanya.

Di DUN Teja, terdapat lebih kurang 20 orang petani dan penternak ikan hiasan sedang mengusahakan sebidang tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng.

Ramai di kalangan mereka telah mengusahakan tanah tersebut lebih daripada 30 tahun, namun begitu mereka telah cubaan untuk memohon tanah tersebut telah gagal.

Akhirnya, kerajaan negeri UMNO/BN meluluskan tanah tersebut kepada sebuah syarikat, Safura House of Diamond Sdn Bhd.

Secara kebetulannya, pemilik syarikat ini adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, yang juga merupakan seorang ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dakwanya.

"Apakah ini rakyat diutamakan?", tanya beliau

Selain itu katanya , dalam satu projek kampung tersusun, yang juga terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, 127 lot rumah telah disediakan untuk permohonan warga miskin di sekitar kawasan Gopeng.

Namun begitu apabila senarai pemohon yang berjaya mendapat lot rumah dipamerkan, didapati bahawa 10 lot rumah telah dirizabkan di bawah ¡°Kuota Ketua Bahagian UMNO Gopeng¡±, dakwanya lagi.

Beliau terus mendakwa selain daripada Ketua Bahagian, Bendahari Bahagian Gopeng, tujuh orang Ahli Jawatankuasa Imno Bahagian Gopeng dan seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian Gopeng telah diberi lot rumah RPT tersebut.

Bukan setakat itu, rakan perniagaan (business partner) Ketua UMNO Bahagian Gopeng juga mendapat satu lot di bawah kuotanya, katanya.

Beliau kemudiannya membaca serangkap pantun yang memberi gambaran yang jelas tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Orang kampung turun ke dusun,
Singgah sejenak di pinggir kota;
Kerajaan bina kampung tersusun,
UMNO sapu di depan mata!

Wednesday, December 1, 2010

MACAM MESYUARAT ORANG KAMPUNG


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin dengan tindakan Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali yang menegur peranan yang dimainkan oleh Datuk R. Ganesan yang bertentangan serta salah mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang bersidang pada semalam jelas tidak mahu akur menggunakan budibicara yang sebaik mungkin menyelesaikan perkara yang dibangkitkan oleh S. Kesavan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Hutan Melintang.

Kegagalannya berfungsi dengn baik terus dibangkitkan oleh Tajol Rosli yang jelas berpengalaman sebagai bekas Menteri Kebinet dan bekas Menteri Besar Negeri Perak yang lalu.

Malangnya Datuk Ganesan tidak mengindahkan saranan Tajol Rosli dengan menegaskan sikap sombong dan angkuhnya.

Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Iskandar Al-His dalam kenyataan medianya di sini semalam.

Bagi Pemuda PAS Perak, jelas Ganesan tidak layak menduduki jawatan tersebut dan kurangnya pengalaman tersebut memperlihatkan Sidang DUN Perak seperti ‘Mesyuarat Orang Kampung’ dan sangat berbeza ketika mana Speaker Pakatan Rakyat (PR) yang dirampas S.Sivakumar ketika mengendalikan dewan dengan penuh disiplin dan mengikut peraturan.

"Sudah tentu dunia akan mengketawakan kita di Perak dengan apa yang berlaku, termasuklah menggunakan kertas putih kosong untuk mengundi. Langkah yang pertama jelas Ganesan gagal memastikan semua ADUN mengikut Perintah Tetap tersebut." jelasnya.

Menurut beliau disebabkan kegagalannya itulah Sidang DUN tertangguh dengan jenaka-jenaka yang tidak pernah dilihat oleh dunia.

Pemuda PAS Perak berharap Ganesan bersikap lebih matang untuk meneruskan Sidang DUN pada hari ini dan seterusnya serta tidak takut kepada bayang-bayang yang seolah-olah melihat akan diganggu oleh ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang lebih arif tentang Peraturan Tetap Dewan.

"Sekiranya beliau tidak mampu, sila pastikan Timbalan Yang DiPertua untuk meneruskan agenda selepas daripada ini," ujarnya.

Pemuda PAS Perak juga mengucapkan tahniah kepada semua ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak kerana ingin memastikan semua persoalan rakyat dapat dijawab dan diselesaikan.