Saturday, December 4, 2010

ADUN TEJA DEDAH PENYELENGAN TANAH PEMIMPIN UMNO


IPOH: ADUN Teja, Chang Lin Kang dalam membahaskan bajet 2011 di sidang DUN pada sidang DUN hari ketiga menyatakan dalam tempoh kurang daripada dua tahun negeri di bawah pentadbiran UMNO/BN didapati banyak penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam isu pengagihan tanah kerajaan.

Selalunya, tanah tidak diberikan kepada orang-orang miskin yang tidak mempunyai rumah atau orang-orang yang sudah lama mengusahakan tanah tersebut, tetapi kerajaan negeri memberikan tanah kepada OKU. OKU ini bukan Orang Kurang Upaya, tetapi Orang Kuat UMNO.

Sebagai contoh, di DUN Hutan Melintang dakwanya ada satu Rancangan Kampung Tersusun Simpang Ampat seluas kira-kira 7000 meter persegi.

RPT ini pada asalnya telah diwartakan kepada golongan miskin yang memerlukan tanah sebagai tapak rumah. Namun, apabila senarai diumumkan, orang yang mendapat lot rumah adalah orang-orang kuat UMNO' jelasnya..

Mereka ini merupakan pemegang jawatan di peringkat bahagian atau cawangan UMNO, termasuk Setiausaha Bahagian Bagan Datoh dan dua orang ketua cawangan, dakwanya.

Di DUN Teja, terdapat lebih kurang 20 orang petani dan penternak ikan hiasan sedang mengusahakan sebidang tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng.

Ramai di kalangan mereka telah mengusahakan tanah tersebut lebih daripada 30 tahun, namun begitu mereka telah cubaan untuk memohon tanah tersebut telah gagal.

Akhirnya, kerajaan negeri UMNO/BN meluluskan tanah tersebut kepada sebuah syarikat, Safura House of Diamond Sdn Bhd.

Secara kebetulannya, pemilik syarikat ini adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, yang juga merupakan seorang ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dakwanya.

"Apakah ini rakyat diutamakan?", tanya beliau

Selain itu katanya , dalam satu projek kampung tersusun, yang juga terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, 127 lot rumah telah disediakan untuk permohonan warga miskin di sekitar kawasan Gopeng.

Namun begitu apabila senarai pemohon yang berjaya mendapat lot rumah dipamerkan, didapati bahawa 10 lot rumah telah dirizabkan di bawah ¡°Kuota Ketua Bahagian UMNO Gopeng¡±, dakwanya lagi.

Beliau terus mendakwa selain daripada Ketua Bahagian, Bendahari Bahagian Gopeng, tujuh orang Ahli Jawatankuasa Imno Bahagian Gopeng dan seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian Gopeng telah diberi lot rumah RPT tersebut.

Bukan setakat itu, rakan perniagaan (business partner) Ketua UMNO Bahagian Gopeng juga mendapat satu lot di bawah kuotanya, katanya.

Beliau kemudiannya membaca serangkap pantun yang memberi gambaran yang jelas tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Orang kampung turun ke dusun,
Singgah sejenak di pinggir kota;
Kerajaan bina kampung tersusun,
UMNO sapu di depan mata!

No comments:

Post a Comment