Friday, December 10, 2010

KERAJAAN BN PERAK MENUJU MUFLIS?


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta penjelasan konkrit Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir bagi menangani permasalahan perbelanjaan kerajaan negeri
yang dilihat gagal meminima bahkan akan menambahkan hutang negeri yang sedia ada.

Datuk Seri Dr Haji Zambry juga gagal meyakinkan Dewan keupayaan kerajaan negeri
untuk mempertahankan simpanan tetap negeri dari susut akibat bajet perbelanjaan
yang tinggi.

Malah apa yang lebih membimbanglan ialah ketidakmampuan Datuk Seri Dr Haji Zambry memberi prospek jelas terhadap pendapatan kerajaan negeri hasil pelaburan asing bagi mengimbangi defisit bajet yang dibentangkan.

DPPN Pk melihat kegagalan kerajaan menarik pelaburan asing, berikutan isu pergolakan politik kesan rampasan kuasa Barisan Nasional (BN), akan menjejaskan pendapatan kerajaan negeri ditambah dengan pembelanjaan tidak berhemah kerajaan yang pastinya mengakibatkan defisit yang lebih besar pada pembentangan bajet tahun
depan.

Keadaan ini perlu diawasi dan dipertegaskan kerana dibimbangi kemerosotan pelaburan asing ini berterusan sehingga berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Ini kerana faktor yang akan menentukan kelicinan pentadbiran kerajaan negeri kelak banyak bergantung kepada kukuhnya keadaan ekonomi sesebuah kerajaan tersebut.

Bagi DPPN Pk, walaupun Datuk Seri Zambry menafikan bahawa kerajaan negeri tidak
akan muflis tetapi beliau tidak mampu menolak hakikat bahawa hutang pada tahun 2011
akan bertambah dengan hanya bergantung kepada sumber air Perak sebagai punca utama
pendapatan sedia ada.

Kesan pengurusan perbendaharaan negeri yang tidak efisyen oleh kerajaan UMNO / BN / Bebas akan secara langsung bakal terkena kepada rakyat jika tiada langkah drastik serta telus diambil. Sudah tentu pentadbir kerajaan negeri selepas PRU 13 nanti akan berhadapan dengan kesukaran yang sengaja dicipta oleh kerajaan sekarang.

MOHD MUNIR ALI
TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PERAK

No comments:

Post a Comment