Friday, December 24, 2010

1 MALAYSIA: PEMANDU BAS/LORI KENA ADA DIPLOMA


Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 23 Dis : Kerajaan dicadangkan menetapkan pemandu kenderaan berat sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan diploma sebagai langkah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan seperti lori dan bas, kata Senator Datuk Idris Buang semasa membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 di Dewan Negara hari ini.

"Cadangan dari salah seorang Senator BN itu telah mendapat liputan meluas. Namunapakah kewajaran cadangan ini diambil kira sebagai cadangan yang terbaik untuk mengatasi kemalangan maut yang semakin meningkat di malaysia" soal ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

"Saya tidak nampak kewajaran cadangan itu kerana kemalangan tidak ada kaitan dengan sijil pemandu atau apa-apa berkaitan kelayakan akademik, orang yang memiliki ijazah pun terlibat dengan kemalangan, kata nya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Menurutnya, kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan awam mahupun persendirian amat berkait rapat dengan banyak faktor lain, antaranya seperti struktur jalan yang merbahaya, pemandu yang letih atau mengantuk, keadaan kenderaan yang tidak stabil dan lain-lain faktor yang boleh menjejaskan pemanduan yang selamat.

"Kerajaan perlulah meneliti dalam pelbagai aspek secara menyeluruh mengenai kejadian kemalangan maut yang mengorbankan banyak nyawa sebelum meletakkan kesalahan kepada pemandu sahaja." katanya.

"Walaupun ada PHD sekalipun, adakah kemalangan maut dapat dielakkan kalau faktor-faktor lain diabaikan oleh kerajaan" sindirnya.

Menurutnya kerajaan jangan cuba untuk menutup kelemahan setelah memerintah selama 50 tahun kerana gagal menyediakan kemudahan asas yang lebih sempurna kepada rakyat.

"Kerajaan sepatutnya telah mampu menyediakan sistem jalan raya yang lebih selamat kepada rakyat dengan hasil negara yang ada namun mereka lebih suka menyalurukan peruntukan untuk bermegah sahaja. Terkini rencana membina menara warisan dengan bajet 5 billion" katanya.

"Sudah masanya satu peruntukan yang besar diberikan dalam setiap kali bajet untuk memulihkan sistem pengangkutan negara yang mendedahkan rakyat kepada kemalangan maut" Jelasnya.

No comments:

Post a Comment