Wednesday, December 29, 2010
ZAMBRY BOHONGI HARUSSANI
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) setelah meneliti surat jawapan balas Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak, berhubung dengan perbuatan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir menghadiri majlis ancak tiang seri dua bulan yang lepas merasa kesal dengan keterangan yang mengelirukan dari Datuk Seri Zambry serta hujah yang tidak diperkukuhkan dengan nas Al-Quran dan Sirah Nabi bagi menjelaskan kepada ummat Islam hukum sebenar terhadap majlis yang diadakan tersebut.
DPPN Pk melihat Datuk Seri Zambry tidak berkata benar setelah Tan Sri Harussani ingin mendapatkan penjelasan. Jelas Datuk Seri Zambry yang baru menunaikan Ibadah Haji tidak memperjelaskan perkara sebenar apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut di Kampung Guar, Manong. DPPN Pk amat kesal sikap berdalih Datuk Seri Zambry kerana masih mengelirukan ummat Islam di Negeri Perak khasnya dan Negara amnya.
DPPN Pk mendesak Datuk Seri Zambry agar menjelaskan perkara sebenar supaya tidak terus mengelirukan ummat Islam. Ini kerana Datuk Seri Zambry yang memegang jawatan penting berkaitan agama Islam tidak sepatutnya menghadiri atau membenarkan majlis seumpama Majlis Ancak Tiang Seri dijalankan serta diamalankan kembali di Perak ini. DPPN Pk meminta kepekaan Datuk Seri Zambry agar berterus terang di dalam perkara ini agar ummat Islam tidak terus mengamalkannya.
MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ini link blog saya terkini : http://alhusseyn51.blogspot.com/
ReplyDelete