Saturday, December 4, 2010

BAJET `GULA GULA'


IPOH: Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Dato seri Zambry Abdul Kadir jelas menunjukkan bahawa BN cukup `desperate, mahu mengembalikan sokongan rakyat kepada BN dengan `menggula gulakan' kumpulan warga tertentu dengan elaun bulanan, sumbangan kepada tabung, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil,kaum bukan melayu.

Bajet 2011 yang dibentang itu dipercayai merupakan kemungkinan persediaan untuk pilihanraya umum ke 13, tambahan pula pada 30 Nvember lalu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan UMNO yang sepatutnya dibuat tahun depan telah ditunda.

"Berdasarkan petunjuk ini kita percaya pilihanraya umum ke 13 akan diadakan pada tahun hadapan."

Demikian dinyatakan Ketua Pembangkang, Dat' Seri Mohamad Nizar Jamaludin sewaktu membahaskan bajet 2011 di sidang DUN pada hari kedua persidangan.

Beliau mendakwa Bajet 2011 Negeri Perak tidak kelihatan hasrat serta arahtuju bagi mendahulukan rakyat apatah lagi strategi dan petunjuk kearah kemakmuran dan merentasi kaum.

"kami Pakatan Rakyat mengemukakan dasar dan asas bajet alternatif yang lebih ceria dan menjamin kemampanan semua warga dan rakyat negeri Perak untuk jangka panjang," katanya.

Pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat berteraskan kepada falsafah serta prinsip tersebut sekaligus bajet Pakatan Rakyat berteraskan prinsip keadilan, amanah, ketelusan, integriti dan berkebajikan.

Pakatan Rakyat mengutamakan keadilan dan kesamarataan kepada semua rakyat perak tanpa mengira bangsa, latar belakang etnik ,agama ,budaya, jantina dan fahaman, tempat permastautinan.

Kerajaan Pakatan Rakyat cuba mengelak pembaziran tetapi Kerajaan BN Perak sekarang tidak mengamalkan apa yang Pakatan Rakyat amalkan..

"Kini diserata persimpangan jalan negeri Perak diletakan Poster ADUN Pangkor bersama isteri. Saya hendak tanya berapakah jumlah kos membuat poster banner tersebut sepanjang tahun 2009?," ujarnya.

"Pagi ini sahaja teriklan empay muka surat dalam Sinar Harian Perak mengiklankan bajet 2011 yang tak perlu dibazirkan wang rakyat. Saya hendak tanya berapa pula kos pengiklanan 4 muka surat tersebut dan dari sumber mana.?

Kenapa kerajaan membelanjakan pengiklanan itu jika kerajaan yakin bajet itu diterima rakyat," soalnya.

Beliau difahamkan permohonan juga dibuat kepada berbahasa Cina tetapi akhbar Cina menolak permohonan kerana mereka tidak berniaga dengan wang rakyat.

Sehubungan itu beliau mengajak semua rakyat negeri Perak memberi sokongan Pakatan Rakyat untuk mentadbir kembali negeri ini.

No comments:

Post a Comment