Saturday, December 4, 2010

HUTANG PERAK MENINGKAT 500 PERATUS


IPOH: Atas asas dan hujahan oleh wakil kerajaan semasa pembentangan bajet, Negeri Perak telah memperolehi pulangan dan pendapatan luar biasa sejumlah RM117 juta, tetapi anehnya kerajaan negeri bukan sahaja tidak mampu menyediakan satu bajet seimbang, malahan deficit negeri telah meningkat RM6.20 juta dari RM23.9 melonjak ke RM29.12 juta.

Bagaimanapun, jika benar pendapatan kerajaan negeri bertambah secara mendadak seperti mana yang diwar-warkan, dicadangkan supaya satu bulan bonus harus diberikan kepada semua 8,000 kakitangan kerajaan Negeri sebagai pengiktirafan dan kenangan kepada jasa mereka.

Kakitangan Lembaga Air Perak (LAP) menerima bonus 3 bulan, atas asas kesaksamaan, kakitangan kerajaan negeri juga perlu diberikan penghargaan yang sewajarnya.

Jikalau kerajaan UMNO-BN tidak mampu melakukan, bah kata pepatah Melayu, hari tidak selamanya panas, untung rugi silih berganti,? Pakatan Rakyat sedia melakukannya insya Allah kita kembali memerintah negeri ini kelak.

Demikian dinyatakan ADUn Pantai Remis, Nga Ko Ming ketika berucasp membahaskan bajet 2011 do sidang DUN pada hari ketiga persidangan.

Menurut beliau lagi, setiap kali BN tukar Menteri Besar, slogan pun bertukar, slogan dahulu akan ditinggalkan.

Keyika zaman Dato' Seri Mohammad Tajol Rosli Ghazali, membawa slogan Setinggan Sifar menjelang 2015,

Namun kandungan bajet 2011 yang baru dibentangkan menyatakan Perak masih mempunyai 8,376 isi rumah setinggan, satu tamparan hebat kepada slogan tersebut, katanya..

"Kemudian datang slogan Perak Maju 2015 tetapi selepas rampasan kuasa, datang pula slogan Perak Aman Jaya, natijahnya ialah `bagaimana acuan, begitulah kuihnya, intipatinya macam kempen Inflasi Sifar, semuanya tinggal janji manis sahaja," ujarnya.

Dari pembentangan bajet pada 30 November lalu, ia memberikan gambaran kepada ahli ahli dewan seperti pepatah Melayu, `cakap berdegar degar, tahi tersangkut digelegar', walaupun ADUN Pangkor mengatakan beliau mencurahkan segala tenaga untuk meletakkan semula urus tadbir dan hala tuju negeri ini atas landasan yang betul dan kukuh.

Bagaimanapun, ADUN Pangkor memberitahu ahli ahli dewan ledakan Hutang kerajaan negeri semakin hari semakin menggunung, 1999 Hutang kerajaan Negeri adalah RM182 juta tetapi tahun 2010 hutang negeri kini mencecah paras RM903 juta.

"Ini satu peningkatan lebih kurang 500%! Fakta ini didepan mata kita yang tidak dapat dinafikan adalah, kini hutang negeri Perak telah melebihi segala simpanan kerajaan negeri dalam kumpulan wang bersatu kerajaan, " ujarnya.

Sekiranya Kerajaan Negeri perlu menjelaskan hutang segera, negeri Perak akan muflis. jika bersalah sila bertaubat, katanya.

No comments:

Post a Comment