Wednesday, December 1, 2010

MACAM MESYUARAT ORANG KAMPUNG


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin dengan tindakan Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali yang menegur peranan yang dimainkan oleh Datuk R. Ganesan yang bertentangan serta salah mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang bersidang pada semalam jelas tidak mahu akur menggunakan budibicara yang sebaik mungkin menyelesaikan perkara yang dibangkitkan oleh S. Kesavan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Hutan Melintang.

Kegagalannya berfungsi dengn baik terus dibangkitkan oleh Tajol Rosli yang jelas berpengalaman sebagai bekas Menteri Kebinet dan bekas Menteri Besar Negeri Perak yang lalu.

Malangnya Datuk Ganesan tidak mengindahkan saranan Tajol Rosli dengan menegaskan sikap sombong dan angkuhnya.

Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Iskandar Al-His dalam kenyataan medianya di sini semalam.

Bagi Pemuda PAS Perak, jelas Ganesan tidak layak menduduki jawatan tersebut dan kurangnya pengalaman tersebut memperlihatkan Sidang DUN Perak seperti ‘Mesyuarat Orang Kampung’ dan sangat berbeza ketika mana Speaker Pakatan Rakyat (PR) yang dirampas S.Sivakumar ketika mengendalikan dewan dengan penuh disiplin dan mengikut peraturan.

"Sudah tentu dunia akan mengketawakan kita di Perak dengan apa yang berlaku, termasuklah menggunakan kertas putih kosong untuk mengundi. Langkah yang pertama jelas Ganesan gagal memastikan semua ADUN mengikut Perintah Tetap tersebut." jelasnya.

Menurut beliau disebabkan kegagalannya itulah Sidang DUN tertangguh dengan jenaka-jenaka yang tidak pernah dilihat oleh dunia.

Pemuda PAS Perak berharap Ganesan bersikap lebih matang untuk meneruskan Sidang DUN pada hari ini dan seterusnya serta tidak takut kepada bayang-bayang yang seolah-olah melihat akan diganggu oleh ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang lebih arif tentang Peraturan Tetap Dewan.

"Sekiranya beliau tidak mampu, sila pastikan Timbalan Yang DiPertua untuk meneruskan agenda selepas daripada ini," ujarnya.

Pemuda PAS Perak juga mengucapkan tahniah kepada semua ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak kerana ingin memastikan semua persoalan rakyat dapat dijawab dan diselesaikan.

1 comment:

  1. Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
    Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
    Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

    ReplyDelete