Friday, February 19, 2010
Apabila Ulama' & `Katak' Berbicara
Sebelum ini saya telah menulis tentang Adun lompat dalam artikel `Katak Oh Katak', saya ingatkan selepas ulama' bersuara tidak ada katak yang bersuara. Rupa rupanya melenting `raja katak' dan `katak baru'. Katak katak ini juga dengan pendirian masing masing, tindakan katak katak melompat itu dikira betul dan tepat.
Bagi kita insan biasa ini mana pandangan yang hendak kita dengar dan gunapakai, cakap `katak katak' atau ulama' Jika kita terpengaruh dengan cakap katak, kita juga adik beradik katak. Jika kita dengar cakap ulama' itu tandanya kita berada di landasan yang betul kerana ulama' adalah pewaris nabi nabi.
Ahli Parlimen Bayan Baru dilaporkan berkata beliau tidak penah rasa berdosa kerana meninggalkan PKR kerana mengganggap ia satu perbuatan yang sangat mulia. Betulkah kata kata ahli Parlimen itu,
Soal dosa pahala kena rujuk panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Paling tidak tanya ulama'. Tetapi sekiranya pandangan ulama' disanggah, macam mana, fikir fikirkanlah.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berpendirian pemimpin politik yang bertindak ‘lompat parti’ perlu meminta maaf dengan setiap pengundi di kawasan terbabit kerana mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat pada pilihan raya.
Mursyidul Am PAS menjelaskan lagi, sekiranya pemimpin yang dipilih itu gagal menyempurnakan amanah yang diberikan kepadanya bermakna dia sudah melakukan satu dosa.
“Pemimpin lompat parti itu boleh dianggap mengkhianati amanah rakyat. Kalau mereka tidak amanah kepada seorang, maka dia tanggung dosa seorang saja, tetapi jika mereka tidak amanah kepada rakyat, bermakna mereka berdosa kepada semua rakyat yang memilihnya dalam pilihan raya.
“Rakyat harap pada kita buat dasar parti, tiba-tiba kita lompat parti. Erti kita tolak kehendak pengundi. Kalau (jumlah) pengundi 10,000, di akhirat bertanggungjawab kepada 10,000 (undi itu),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri pula menjelaskan hukuman terhadap tindakan lompat parti oleh sebilangan ahli politik adalah berdosa dalam agama Islam kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat.
Indivisu terbabit katanya harus bertanggungjawab terhadap pemilihan rakyat berdasarkan parti politik yang diwakalinya. Indidivu terbabit perlu meletakkan jawatan sekiranya ingin lompat parti dan pilihanraya kecil baru perlu diadakan untuk melantik pemimpin yang baik. Itu kata Dr. Mohd Asri.
Kedua dua pandangan ulama' ini sepatutnya digunapakai bukannya mencari pelbagai alasan untuk mengiyakan tindakan keluar parti. Sebelum lompat fikir dahulu, adakah tindakan itu betul mengikut kacamata Islam, atau mengikut kacamata diri sendiri.
Raja katak dari Pasir Mas lagi teruk lantas mengeluarkan kenyataan "Mana ada dalam nas Al-Quran menyatakan lompat parti berdosa, bukannya tukar agama. Lain kali bila nak buat kenyataan kena berhemah,jangan main sedap cakap.
Betul ke kata kata raja lompat itu atau ikut sedap mulutnya bercakap sahaja. kita ini manusia biasa yang bukan ulama', kerana itu kita ikut cakap ulama' Kalau cakap ulama' kita tak hendak gunapakai, cakap siapa hendak kita ikut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment