Thursday, February 11, 2010

BILA DOROYAN DAH JADI TEMPOYOK


Berkatalah orang besar Kampung Senin , Parit yang juga ADUN Blanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan yang meminta Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana mana individu yang mempersoalkan keputusan Mahkamah berhubung pengisytiharaan Menteri Besar Perak yang sah.

Berkata lagi Ketua Umno Bahagian Parit, yang satu ketika dahulu bercita cita hendak jadi Menteri Besar Perak selepas Ramli Ngah Talib, tetapi kempunan tak dapat, "sudah tiba masanya orang ramai terutama pemimpin sesebuah parti politik dikenakan tindakan tegas kerana mereka lantang menegur dan mengkritik keputusan mahkamah jika tidak berpihak kepada mereka". Lapor akhbar Sinar Harian hari ini

Amboi bukan garang orang Parit ni. Mike faham ke tujuan ISA. ISA itu untuk digunakan bagi mengancam keselamatan negara. Lagi pun ISA itu zalim sebab tahan orang tanpa bicara. Mike boleh cakap le sebab tak kena mike. Kalau kena baru tahu. jika mike kena ISa, duduk dua tahun dalam kem Kamunting ,ngokah dinding mike.

Teman pun heran tengok pemimpin pemimpin Umno ni, asyik asyik guna ISa. Teman ingat pemimpin pemimpin Umno ni setiap hari wiridnya ISA, ISA dan ISA. Itulah wirid deme ya yop Zaim. Kenapa pemimpin Umno ini suka sangat ISA? Sebab tak kena deme atau jarang jarang kena, biasa pun tak kena. Kalau kena `batang hidung' baru tahu. Kalau yop Zaim jadi Menteri Dalam Negeri, alamatlah ramai yang kena tahan ISA.

Bila geng dia, Pegawai Khas Najib, Nasir Safar menghina orang Cina dan India sebagai pendatang, membangkitkan isu perkauman, tidak dengar pula pemimpin pemimpin Umno/BN minta Menteri Dalam Negeri gunakan ISA terhadap orang saperti Nasir Safar.

Bila kena geng dia, senyap membisu, termasuk Adun Belanja, yob Zaim. Bila kena orang lain, bukan main celupar mike ya, kenapa mike tak cadangkan kepada Hishamudin ambil tindakan terhadap Nasir Safar? Mengepe mike diam saje?. Sebabnya Nasir Safar itu `satu bulu' dengan mike, atau satu `kati' dengan mike.

Tak acilah macam tu, sepatutnya mike hentam Nasir safar, minta KDN ambil tindakan ke atas dia kenakan ISA. Tetapi teman tak dengo pun mike bercakap macam tu.

Bila mahkamah Persekutuan buat keputusan, mike dan geng mike minta orang lain hormati undang undang dan mahkamah. Tetapi bila bos mike Najib and the geng rampasan kuasa dari Pakatan Rakyat setahun yang lalu, mike diam, tak cakap apa pun, sepatutnya mike kena nasihat orang Umno supaya kena patuh kepada suara rakyat dalam pilihanraya umum 2008 dulu. Inilah dia Umno, kena kat dia tak apa, kena kat orang, minta ambil tindakan ISA.

Mike ingat, mike dan pemimpin pemimpin mike macam doroyan ke?, boleh lenyet lenyet orang, tapi mike kena ingat bila doroyan dah jadi tempoyak, orang lain akan lenyek mike dan Umno/BN.

Tunggulah pilihanraya umum ke 13 nanti, rakyat akan lenyet mike dan Umno/BN sebab ketika itu BN sudah jadi tempoyak.

No comments:

Post a Comment