Wednesday, February 3, 2010

Zambry Diminta Hentikan Polimik


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan UMNO menghentikan polemik yang belum diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berkaitan kedudukan Menteri Besar Perak yang sah, dalam masa yang sama Pemuda PAS Negeri berharap rakyat dapat menumpukan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan bersidang pada 9 Februari ini bagi memutuskan siapakah Menteri Besar yang sah.

Sehubungan itu Pemuda PAS Perak menasihatkan  Zambry supaya jangan menidakkan kehendak rakyat selama ini yang jelas telah membuat satu keputusan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 tahun 2008 yang lalu. 

Demikian dinyatakan Pemangku Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Mohd Nur Amin dalam kenyataan medianya semalam.

Menurut beliau, mahkamah rakyat telah memberikan keputusan yang terbaik bagi mereka untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) dan UMNO/BN wajib mendahulukan rakyat di dalam perkara ini jika jaminan keharmonian dan kesejahteraan rakyat menjadi agenda pembangunan Negeri Perak.

Usaha terdesak Zambry cuba menidakkan keputusan yang akan diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan dan meletakkan bebanan yang bakal diumumkan oleh mahkamah adalah terletak di bahu rakyat.

"Rakyat sudah pasti matang di dalam menentukan hidup bangun bagi mengembalikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang diperlukan selama ini, oleh itu Pemuda PAS Negeri yakin rakyat akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk membangunkan negeri ini," jelssnya.

Jesteru itu Pemuda PAS Perak meminta Zambry dan UMNO/BN bersikap matang dan terhormat di dalam perkembangan kemelut Negeri Perak ini.

"Jangan menimbulkan suasana yang tidak sihat dan memburukkan lagi keadaan yang telah lama dirosakkan oleh sikap rakus UMNO/BN, apa yang penting, kami meminta rakyat Negeri Perak berdoa dan bermunajat supaya keadilan dan hak rakyat Perak dikembalikan demi memastikan pulihnya demokrasi yang kita semua dokongi" katanya.

No comments:

Post a Comment