Thursday, February 11, 2010
Fitnah Terhadap Nik Aziz & Anwar: NGO Perak Buat Laporan Polis:
IPOH: 11 Feb: Satu laporan polis telah dibuat oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak terhadap blogger yang telkah menfitnah dan mengaibkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Mat dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Perak diwakili oleh Suhaimi Abdul Latif, Ustaz Wan Ahmad Termizi (Teras Perak), Mohd Hafez Sari (Institut Pemikir Muda Malaysia dan wakil Jemaah Islam Malaysia Negeri Perak.
Dalam laporan tersebut keempat empat NGO tersebut melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog yang membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan individu yang dihormati oleh masyarakat dalam dan luar Negara Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar negeri Kelantan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mantan
Perdana Menteri Malaysia yang ketika ini sedang menghadapi pertuduhan.
Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar dengan aksi liwat.
Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau. Blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.
Perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik negara. Oleh itu tindakan itu juga memperlihatkan satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.
"Kami memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap bloger terbabit kerana bertindak di luar batasan , siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah.
Penyiaran gambar lain yang menjolok mata melibatkan individu lain seperti gambar separuh bogel yang diubah suai dengan wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan dalam blog “anwar al-juburi” juga perlu diambil tindakan yang sewajarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment