LARUT: Seluruh pemua PAS negeri ini mesti bangkit menentang kezaliman Umno/BN yang kini kian bermaharajalela menjadi perosak kepada agama dan bangsa Melayu negara ini sejak dahulu, kini an selama lamanya.
"Sekarang ini bukan masanya pemuda hanya menjadi pemerhati kepada kezaliman Umno, sebaliknya pemuda mesti bertindak `mengggayang' Umno habis habisan hingga ke `lubang cacing' sekalipun kerana kita tidak mahu rakyat terus menerus dizalimi oleh pemerintahan BN," tegasnya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) di perkarangan Madrasah Darul Ta'lim semalam. Kira kira 10,000 pemuda PAS menghadiri program tersebut.
Umno kononnya memperjuangkan Islam tetapi hakikatnya Umnolah yang merosakkan Islam engan bertindak menentang undang undang Islam negara ini sehingga orang bukan Islam keliru mengenai Islam.
"Mereka ingin jadi juara mempertahankan kalimah Allah, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkan hukum hukum Allah, jika dibiarkan Umno/BN menerajui negara ini, lebih banyak kerosakan dilakukan oleh mereka," katanya.
Sejarah telah menyaksikan bahawa Umno telah bertindak merobohkan surau di Kampung Berembang tetapi dalam masa yang sama kononnya Umno mempertahankan institusi agama, inilah Umno yang berpura pura dalam setiap waktu.
Pelbagai kezaliman yang dilakukan oleh Umno termasuk Akta Keselamatan Dalam NEgeri (ISA) yang jelas haram dari sudut Islam tetapi Umno melaksanakannya tanpa rasa malu bahkan menunjukkan kebiadapannya kepada rakyat negara ini.
"Menurut pandangan Yusuf AlQardawi ISA adalah haram, tetapi Umno hanya beri anugerah Tokoh Maal Hijrah kepadanya tetapi tidak menghayati pandangan ulama' besar itu, inilah Umno kononnya mernyanjungi tinggi ulama' tetapi pandangan ulama' `membakulsampahkan' oleh Umno," tegasnya.
"Mari kita `gayang ' Umno habis habisan, kita hempap sampai mati Umno, jangan bagi Umno hidup lagi di negara ini, kita ajar Umno dalam pilihanraya nanti."katanya disambut dengan laungan takbir oleh 10,000 Pemuda PAS.
Turut sama di himpunan itu Ketua dewan Pemuda PAS Perak Ustaz Zawawi Hasan dan barisan pimpinan Pemuda PAS Perak dan Pemuda PAS kawasan kawasan
No comments:
Post a Comment