Sunday, February 28, 2010

Temasya Sukan Sek. Men. Alhidayah





Semalam berlangsungnya temasya sukan Sekolah Menengah Alhidayah Ipoh yang diadakan di padang SMK Rapat Setia. Pagi pagi lagi anak yang yamg belajar di tingkatan satu sekolah tersebut, Muhammad Mukhlis dan Mohammad Muhsin telah mengingatkan saya agar datang ke temasya sukan tersebut.

"Ayah kena datang tau, jam 9.00 pagi," kata Mukhlis.

"Alis masuk bahagian tak?"

"Masuk acara apa?"

"Alis masuk acara tarik tali," katanya anak saya lagi.

"O.K ayah datang".

Oleh sebab semalam saya menulis artikel untuk blog ini, jadinya terpaksa pergi lewat sedikit ke temasya sukan berkenaan. Jam 10.30 baru saya bersama isteri dan anak bongsu perempuan sampai di tempat itu.

Pelbagai acara yang dipertandingkan, yang menjadi tumpuan acara tarik tali. Sempat juga saya merakamkan gambar di temasya sukan itu. Sedang asyik mengambil gambar, Pengetua Sekolah Alhidayah, Mualim Zulkifli Ahmad, menyapa saya .

"Nanti boleh ke hantar satu atau gambar untuk disiarkan dalam Harakah?, tanya beliau. Saya hanya tersenyum.

Saya menantikan acara tarik tali, nak tengok dan bagi sokongan pada anak, Mohammad Mukhlis. Anak saya bersama semnbilan yang lain mewakili rumah merah. Dapat tempat ketiga saja.

"Hari isnin cuti," beritahu pengacara selesai sahaja temasya sukan. Itu yang dinantikan para pelajar.

No comments:

Post a Comment