Wednesday, February 3, 2010

Wakil Kedutaan AS Kagum Sikap Terbuka PAS



OLEH: MOHD HAFIZ SABRI
IPOH: Kunjungan Wakil Kedutaan Amerika Encik Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik Kedutaan United States di Kuala Lumpur 1 Februari lalu telah disambut mesra oleh Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri, Timbalan Pesuruhjaya, Dato’ Seri Hj Nizar, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Misbahul Munir Masduki dan beberapa pimpinan Harian PAS yang lain.

Dalam pertemuan tersebut, Pesuruhjaya PAS Negeri telah memberi taklimat tentang dasar-dasar perjuangan PAS dan perkembangan isu-isu politik terkini di Perak.

Manakala wakil kedutaan Amerika, Mr. Jeremy menyatakan hasratnya bertemu PAS Perak untuk mengetahui perjuangan PAS sebenar yang selama ini kegiatan dan perjuangan PAS tidak mendapat liputan yang tepat melalui media arus perdana.

Beliau menyatakan kekagumannya kepada PAS yang begitu terbuka pemikiran dan tindakan, ia sangat berbeza denganmbaran yang diterima dari pihak lain yang mengambarkan PAS sebagai fanatik agama, anti pembangunan dan berbagai persepsi negatif yang lain.

Menurut wakil kedutaan Amerika Syarikat itu, melalui kunjungan-kunjungan beliau ke PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini ternyata semua tohmahan adalah palsu. PAS juga disifatkan bijak dalam menanggani apa sahaja isu seperti penggunaan kalimah Allah, perkauman, rasuah dan sebagainya.

Beliau berjanji akan memberi gambaran sebenar tentang PAS kepada rakyat dan media Amerika.

Semasa sesi dialog dan soal jawab antara pimpinan PAS Perak dan Jeremy yang masing-masing memberi pandangan terhadap isu-isu politik nasional dan Perak. Beliau begitu peka tentang perkembangan politik di negara ini, dan ingin mengetahui isusebenar dari sumber yang sah. 

Melalui pertemuan seumpama ini, beliau mendapat gambaran sebenar dari sumber yang benar dan tepat.

No comments:

Post a Comment