Friday, February 19, 2010
PERCEPATKAN PEMBINAAN KOLEJ TAHFIZ AL-QURAN
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh dan meminta Kerajaan Negeri mempercepatkan cadangan untuk membina Kolej Tahfiz Al-Quran bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan Maahad Tahfiz menyambung pelajaran mereka ke peringkat diploma.
Pemuda PAS Negeri usaha Kerajaan Negeri tersebut akan memastikan satu sistem pendidikan Islam yang menyeluruh bagi Maahad Tahfiz untuk beroperasi di setiap daerah jika benar ianya sebahagian daripada agenda untuk memartabatkan pembangunan Islam di Negeri Perak ini.
Demikian ditegaskan oleh Naib Ketua dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Saleh dalam kenyataan medianya di sini semalam.
Menurut beliau, usaha ini adalah menjadi agenda yang perlu dilaksanakan bagi memberikan kefahaman kepada generasi muda Islam untuk memahami dan melaksanakan kefahaman yang sebenarnya.
"Pemuda PAS Negeri berkeyakinan usaha ini adalah langkah yang terbaik bagi menyampaikan agenda pembangunan Islam ini," jelasnya.
Sehubungan dengan itu Pemuda PAS Negeri katanya, sekali lagi mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri di atas langkah dan inisiatif yang telah dilakukan, usaha untuk pembangunan Islam harus menjadi agenda utama Kerajaan Negeri untuk memberikan kefahaman berkaitan Islam yang sebenar kepada rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment