Tuesday, February 9, 2010

JANGAN PATAH SEMANGAT, TERUSKAN PERJUANGAN


Zambry diisytiharkkan menang sebentar tadi oleh Mahkamah Persekutuan. Kelima lima hakim memberikan kemenangan kepada Zambry. DUN pastinya tidak dibubarkan. Kini Pakatan Rakyat Perak kena tunggu pilihanraya umum ke 13 untuk mengambil alih semula kerajaan Perak dari Umno/BN.

Walaupun kalah tetapi jangan patah semangat. Teruskan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman kezaliman Umno/BN. Yang penting perjuangan membela rakyat mesti diteruskan sampai bila bila. Pastikan seluruh jentera Pakatan Rakyat tidak layu dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini.

Pakatan Rakyat kalah di Mahkamah Persekutuan tetapi mampu untuk menang di mahkamah rakyat apabila pilihanraya umum ke 13 nanti berlaku, ketika itu rakyat akan jadi hakim untuk menentukan kerajaan mana akan berkuasa kelak

Kepada penyokong penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat umumnya yang bersimpati dengan Nizar dan Pakatan Rakyat, jangan mudah putus asa, sebaliknya kuatkan semangat dan kuatkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Ahli ahli dan penyokong penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara, terimalah keputusan Mahkamah Persekutuan dengan hati yang terbuka, ada hikmah disebalik keputusan itu. Yang penting semangat kita tidak luntur dan layu dengan keputusan itu. Jadikan keputusan itu sebagai azimat untuk memperkuatkan semangat juang yang tidak akan padam kepada Pakatan Rakyat, jika semnangat juang itu terus berkobar dan diikuti dengan gerak kerja yang kuat dan mantap, saya yakin pada pilihanraya umum ke 13 nanti bukan sahaja Negeri Perak akan berjaya diambilalih oleh Pakatan Rakyat, tetapi negara ini mampu dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

InsyaAllah pilihanraya umum ke 13 nanti rakyat akan jadi hakim bagi menentukan BN atau PR yang berkuasa. Kita yakin dengan semangat juang yang tinggi dan sokongan padu rakyat kepada Pakatan Rakyat tidak luntur, pilihanraya umum ke 13 nanti bakal menyaksikan BN tumbang di tangan PR.

HIDUP RAKYAT. TERUSKAN PERJUANGAN

No comments:

Post a Comment