Friday, February 5, 2010

Bubar DUN, Berdebat Dengan Nizar, Kedua Duanya Zambry Takut


IPOH: Sehingga hari ini UMNO BN cukup takut untuk membubar Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), sebaliknya bertindak mencabar Pakatan Rakyat untuk mengosongkan kerusi bagi membolehkan 28 DUN yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat itu dipertandingan semula.

"Pakatan Rakyat tidak pernah takutkan kerusinya hilang, sebab itu PR cabar supaya bubar DUN Perak supaya semua dapat bertanding semula."

Demikian ditegaskan oleh Setiausaha PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Masdukii sebagai mengulas kenyataan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Kudeka Umno/BN Perak.

Menurutnya sekiranya 28 kerusi ADUN Pakatan RakyatR dikosongkan, pilihanraya kecil diadakan semula, beliau yakin Pakatan Rakyat akan dapat balek semula kerusi dengan majoriti yang lebih baik walaupun bertukar calon.

"Tetapi BN tetap menguasai kerajaan haram Perak, oleh itu tidak ada kesudahannya kemelut politik Perak," jelas beliau

Apa yang rakyat pertikaikan bukan 28 kerusi Pakatan Rakyat, tetapi status kerajaan BN Perak sekarang ini.katanya.

Mahkamah Persekutuan pula katanya, telah mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan siapa Menteri Besar Perak yang sah, kerana itu jalan terbaik ialah membubarkan DUN Perak bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan baru di negeri ini.

Menurut beliau lagi, ahli-ahli akademik, penganilis politik, pakar perundangan, bahkan tokoh-tokoh politik dalam UMNO sendiri turut bersetuju bahawa kemelut politik Perak hanya akan dapat diselesaikan melalui pembubaran DUN.

"Prof Madya Dr. Ghazali Mahyuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru baru ini bersetuju DUN Perak dibubarkan sebagai jalan terbaik penyelesaian kemelut politik Perak," katanya.

sebelum ini ramai lagi ahli-ahli akademik dan pakar perundangan negara yang bersetuju pembubaran DUN Perak dilakukan bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini yang telah berpanjangan dan tidak ada kesudahannya.

"Hanya pemimpin UMNO yang sombong, tidak sedar diri, dangkal dan bodoh sahaja yang mempertahankan kerajaan haramnya," tegasnya.

"Dahulu Pemuda PAS Perak cabar Pemuda UMNO berdebat, tidak berani juga disahutnya, sekarang saya cabar Zambry berdebat dengan Dato' Seri Nizar, tajuk debat Setahun Pencapaian PR/BN Perintak Perak supaya rakyat boleh menghakimi debat tersebut, adakan secara terbuka."

"Sehari selepas debat, mengadap Tuanku Sultan, mohon DUN dibubarkan. Berdasarkan hujah masing-masing, rakyat akan membuat penilaian samada memilih PR atau BN yang akan memerintah Perak," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment