Monday, February 15, 2010

PEMBERIAN HAMPER SEMPENA TAHUN BARU CINA



BAGAN DATOH: Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, PAS Kawasan Bagan Datoh telah meraikan warga emas, ibu tunggal dan warga miskin masyarakat Cina di Bagan Sungai Tiang Baruh, Kampung Sungai Burung dan Bagan Ikan dalam DUN Rungkup di satu majlis pemberian hamper pada 12 Februari lalu.

Walaupun pemberian dan sumbangan tersebut tidak seberapa, namun ia amat bererti sekali kepada mereka yang kurang bernasib baik. Mereka amat menghargai keprihatinan PAS terhadap golongan ini.

Dalam ucapan ringkas Yang Dipertua PAS kawasan tersebut, Misbahul Munir Masduki, beliau menyatakan bahawa semua rakyat di Malaysia tanpa mengira fahaman agama, kaum dan politik adalah berhak menikmati apa yang dinikmati oleh orang lain.

Justeru PAS katanya amat simpati dengan nasib warga tua, ibu tunggal dan golongan miskin yang sering diabaikan oleh kerajaan BN.

Beliau mengharapkan Tahun Baru Cina yang menjadikan Harimau sebagai simbol perayaan kali ini hendaklah menjadi kekuatan dan keberanian masyarakat Cina untuk melakukan perubahan politik pada masa akan datang supaya nasib mereka akan lebih terbela.

Mengakhiri ucapannya beliau memetik beberapa ungkapan bahasa Cina bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cinadan ungkapan tersebut disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin.

No comments:

Post a Comment