Sunday, February 7, 2010

MUNAJAT DAN DOA RAKYAT



IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan menganjurkan ceramah penerangan pentas pemuda iaitu di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering pada 7 Februari ini jam 9.00 malam. Beberapa barisan kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat peringkat Kebangsaan dan Negeri Perak akan memberikan ceramah pada malam tersebut.

DUN Behrang menempatkan 2 lokasi iaitu di Kampung Rasau, Slim River dan Felda Sungai Klah, Sungkai. Manakala di DUN Changkat Jering pula di Kampung Pauh, Bukit Gantang.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamarudin dalam kenyataan medianya di sini semalam

Pada 8 Februari ini pula, Pemuda PAS Negeri akan menganjurkan Solat Hajat Perdana ‘Selamatkan Perak’ yang akan diimankan oleh Dato> Seri Ir Haji Mohammed Nizar Jamaluddin di Masjid Kampung Jeram, Kampar dan solat Maghrib berjamaah.

"Selepas itu akan diadakan Ceramah Perdana oleh Datuk Haji Mahfuz Haji Omar, Naib Presiden PAS dan Dato" Seri Nizar di Kampung Gunung Panjang (depan Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang), Kampar jam 9.00 malam.

Jesteru, Pemuda PAS Perak menjemput dan mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Negeri Perak yang cintakan demokrasi untuk sama-sama berada di dalam majlis tersebut.

"Kita juga menyeru agar rakyat sama-sama dapat menunaikan Solat Hajat memohon agar kebenaran dapat ditegakkan di negeri ini.

No comments:

Post a Comment