Friday, March 26, 2010
Beranikah Zulkifli Nordin?
Beranikah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, menyahut cabaran dari Ahli Parlimen Gelugur, Karpal Sing yang mencabar beliau agar menyatakan nama pihak ketiga yang memberi tawaran kepadanya untuk mendapatkan surat akuan bersumpah membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan Karpal turut mempersoal keikhlasan Zulkifli mendedahkan perkara itu hanya selepas empat tahun perbicaraan kes itu berlangsung.
“Adakah beliau rela sama ada di dalam mahupun di luar dewan untuk menyatakan siapa pihak ketiga, adakah beliau berani buat laporan polis?
“Kerana jika dibuktikan laporan yang dibuat palsu, maka Kulim Bandar Baharu boleh didakwa di mahkamah bersabit kes memberi laporan palsu,” katanya dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat semalam.
Nampaknya sehingga kini Zulkifli masih membisu, tidak mahu menyahut cabaran daripada Karpal Sing, malah beliau tidak mengendahkannya sama sekali.
Zulkifli menyatakan tawaran dari pihak ketiga itu langsung tidak ada kena mengena dengan Karpal, malah beliau meminta Karpal tidak campurtangan. Malah Zulkifli Nordin pula yang mencabar Karpal untuk memberi penjelasan dahulu mengenai kernyataan yang dibuat Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR, Wee Choo Keong berkenaan gesaan Karpal yang meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan kerana Ahli Parlimen PKR kurang dari DAP.
Zulkifli bertegas tidak akan menyahut cabaran Karpal, malah menyifatkan Karpal sudah menjadi `dinosor' yang sudah luput.
Itu adalah alasan orang yang tidak berani untuk mempertahankan apa yang dicakapkan sebelum ini, kerana itu dia boleh cakap apa sahaja untuk mempertahankan dirinya.
Bukan sahaja Karpal, malah semua orang hendak tahu siapa yang dimaksudkan orang yang ketiga yang membuat tawaran kepadanya untuk menfitnah Najib dan Rosmah. Rakyat hendak tahu, kenapa Zulkifli tidak mahu dedahkan? Apakah beliau ada muslimat disebaliknya atau benarkah dakwaan beliau itu.
Jika beliau benar, nyatakan secara terus terang siapa pihak ketiga itu, tidak orang rakyat tertanya tanya dan buat andaian yang bukan bukan.
Bukan sahaja orang PKR, PAS atau DAP, orang Umno pun hendak tahu siapa gerangan pihak ketiga itu? Rakyat hendak tahu kerana dakwaan itu amat berat, satu kes fitnah, sedangkan fitnah lebih bahaya dari membunuh. Oleh itu Zulkifli perlu berterus terang siapa pihak ketiga itu, bukannya membisu seribu bahasa.
Berani kerana benar, takut kerana salah, falsafah ini perlu dipegang oleh Zulkifli, jangan sampai beliau pula yang melakukan satu fitnah yang lain pula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment