Wednesday, March 31, 2010
Ganesan wajar mohon maaf dari Tuanku
Ganesan ternyata tidak memahami Aturan Mesyuarat sidang Dewan Negeri. Selain tidak mengindahkan Peraturan Tetap yang memberi kebenaran 'point of order' oleh YB Pantai Remis dibaca dan dihujjahkan, beliau telah membelakangi aturan biasa mesyuarat. Selepas sesi soaL jawab lisan berakhir, sepatutnya agenda yang diutamakan ialah Perbahasan Ucapan Junjung Kasih Titah Ucapan Tuanku, sebaliknya Ganesan teruskan agenda untuk pembentangan Rang Undang-undang dan Enakmen.
Adun-adun PR membantah sekeras-kerasnya kerana ia sama sekali bercanggah dengan aturan mesyuarat sebagaimana yang terkandung dalam Perintah Tetap 13 (1). Ganesan dengan bodoh dan sombong menolak teguran tersebut yang dikemukakan oleh para Adun PR. Ganesan digesa ikut peraturan, kesombongan dan kebodohan mengatasi segala-galanya. Adun PR mengambil tindakan keluar dewan apabila berlaku perlanggaran aturan mesyuarat. Sudahlah pembesar suara dimatikan sewaktu Adun PR berucap, aturan mesyuarat yang begitu asas sekalipun tidak dipatuhi.
Apa yang dikesalkan, selepas Adun PR keluar beramai-ramai sebagai bantahan dan protes terhadap pencabulan dan pelanggaran ini, barulah kedengaran suara dari luar dewan yang Menteri Besar membetulkan kesilapan tersebut lalu mengusulkan supaya perbahasan titah ucapan didahulukan sebelum pembentangan Rang-rang undang.
Nampaknya sangat tak retinya Ganesan sebagai speaker dan juga Adun-adun BN. Adun PR bertindak jujur membetulkan agenda yang salah dan silap, minta diperbetulkan. Ganesan berlagak lebih tahu dan pandai, akhirnya ternyata beliau melakukan kesilapan besar.
Ini adalah satu penghinaan dan biadabnya Ganesan sebagai Speaker haram. Sepatutnya beliau memohon maaf dalam dewan, bukan memohon maaf pada anggota dewan tetapi kepada Tuanku, Perbahasan Ucapan Tuanku tidak diberi keutamaan. Bekas Setiausaha Dewan Negeri sewaktu menghubungi YB Khalil terperanjat dan tidak sepatutnya berlaku. Kalaupun tersilap, Ganesan dan MB Perak sepatutnya menerima teguran adun PR dan membetulkan kesilapan lalu memohon maaf pada dewan dan DYMM Tuanku.
Setelah Adun PR keluar dewan kerana bantahan, barulah pembetulan dibuat oleh MB Perak. Tetapi tidak ada artinya pembetulan tersebut. Adun PR yang membantah telahpun berada di luar dewan.
sumber: misabah.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment