Thursday, March 4, 2010

Konvensyen Ulama' Muda PAS Perak


IPOH: 4 Mac: Satu program bagi mengumpulkan ulama' muda di seluruh Perak akan diadakan pada 7 Mac ini di Hotel Seri Malaysia, Ipoh bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Program tersebut merupakan Konvensyen Ulama' Muda PAS Perak akan dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri, Ustaz Shuaid Din, manakala majlis penutupnya akan dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein.

Demikian dinyatakan Timbalan Pengarah Konvensyen, Mohd Hafez Sabri yang ditemui di Pejabat PAS Negeri Perak hari ini.

Menurutnya, dua kertas kerja akan dibentangkan, kertas kerja pertama bertajuk `Wakafkan Diri Untuk Islam' oleh Ustaz Ahmad Lutfi Arifin dari Dewan Ulama' PAS Kedah. Manakala kertas kerja kedua bertajuk `Nak Seribu Daya', yang akan dibentangkan oleh Ustaz Ridhwan Mohd Nor, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Program ini mensasarkan penyertaan daripada ulama' muda Muslimin dan Muslimat serta mereka yang lepasan pengajian Islam dalam dan luar negara.

Menurut Hafez lagi, tujuan konvensyen tersebut adalah untuk mengumpulkan semua ulama' ulama' muda di seluruh negeri ini, dalam masa yang sama ianya bertujuan membantu mengumpulkan jentera PAS di semua peringkat.

Selain itu katanya, ia juga ingin merapatkan ukhuwah Islamiah serta menyebarluaskan peranan ulama' muda PAS.

"Di majlis itu juga kita adakan slot bersama Ulama' Pelapis Pusat," jelasnya.

Beliau menyeru ulama' ulama' muda dan mereka yang lepasa pengajian Islam dari dalam dan luar negara hadir beramai ramai ke majlis tersebut. Peserta hanya dikenakan bayaran RM10.00 seorang, untuk makan dan kertas kerja.

Mereka yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 013 3190807.

No comments:

Post a Comment