Tuesday, March 16, 2010
Ekonomi negara semakin teruk selagi BN memerintah
IPOH: Koordinator Institut Pemikir Muda Malaysia Mohd Hafez Sabri menegaskan golongan yang paling teruk menerima kesan dari GST adalah golongan pekerja berpendapatan rendah.
Menurut beliau, negara kini berhadapan dengan bajet defisit selama 14 tahun berturut-turut. Perkara ini adalah disebabkan pengurusan kewangan Negara yang tidak cekap dengan lambakan pembaziran bagi projek-projek mega yang tidak membawa keuntungan ditambah pula dengan rasuah dan perbelanjaan pengurusan yang tidak masuk akal bagi beberapa agensi dan platform kerajaan.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya di sini semalam.
Dalam Pakej Ransangan Ekonomi Kedua yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia tahun lalu, daripada suntikan fiskal sebanyak RM15 bilion, sejumlah RM10 bilion adalah bagi tahun 2009 dan RM5 bilion bagi 2010. Jumlah RM10 bilion dalam tahun 2009 dibahagikan kepada RM5 bilion untuk belanja mengurus dan RM5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
“ Saiz perbelanjaan ini memberi impak kepada peningkatan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan daripada 4.8 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun ini," katanya.
Beliau turut mempersoalkan mengapakah kerajaan tetap yakin defisit ini akan dapat dibiayai daripada sumber dalam negeri, memandangkan tahap kecairan yang tinggi dalam sistem kewangan tempatan.
"Soalnya sejauh mana ketelusan kerajaan dalam perbelanjaan ini? tegasnya.
Dalam pengkalan data kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidikan Institut Pemikir Muda Malaysia, didapati kerajaan sekadar membentuk langkah-langkah bersifat pseudo-popular apabila rekod buruk kerajaan dalam membelanjakan dana negara didedahkan. ini sudah cukup membuktikan bahawa penyelesaian ekonomi bersifat lipstik ini tidak dapat memulihkan ekonomi negara dengan baik.
Menurutnya lagi, bermula dari projek mega dan koridor yang masih belum membawa pulangan baik kepada negara, ditambah pula dengan pembaziran pembelian aset negara seperti Kapal Selam Scorpene dan kehilangan engine jet pejuang serta laporan dari Ketua Audit Negara terhadap kebocoran RM 28 billion dana Negara memberi gambaran bahawa ekonomi negara ditadbir oleh golongan yang tidak cekap malah jauh dari ketelusan dan integriti.
Kerajaan BN harus faham bahawa rakyat khususnya generasi muda telah menunjukkan sikap penolakan mereka kepada kerajaan BN pada Pilihan Raya ke-12 yang lalu dan ternyata hingga kini BN masih tidak prihatin terhadap nasib rakyat, katanya.
"Kerajaan BN sebenarnya sudah tidak mampu lagi menguruskan ekonomi negara, selagi BN memerintah negara akan mengalami kemerosotan ekonomi yang sangat teruk," tegasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment