Wednesday, March 24, 2010

Pemuda PAS Perak cabar Umno berdebat siapa Speaker yang sah


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) hari ini mencabar Umno/BN untuk mengadakan debat terbuka berkaitan kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu.

Demikian dinyatakan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, salman Saleh dalam kenyataan medianya semalam.

Pemuda PAS Negeri katanya, berkeyakinan bahawa rampasan kuasa kedua semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu jelas melanggari Peraturan-peraturan di dalam DUN Perak.

Tindakan itu jelas menunjukkan campur tangan Datuk Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak semasa sidang DUN Perak sedang berjalan telah berlaku, jelasnya.

Ini ditambah lagi dengan penglibatan pihak-pihak yang tidak berkaitan ke dalam dewan tanpa mempunyai kuasa telah melakukan kebiadapan kepada Speaker, katanya.

Pemuda PAS Negeri amat kesal terhadap penghormatan V. Sivakumar sebagai Speaker masih dinafikan semasa Sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu, manakala Datuk R. Ganesan yang menyamar sebagai Speaker tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa dengan laporan Polis telah dibuat sudah hampir enam bulan oleh banyak pihak.

Dalam masa yang sama katanya, segala keputusan yang telah diputuskan oleh Speaker diterima tanpa ada bantahan oleh mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika itu.

Ternyata jika sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu dilihat sebagai pembunuhan demokrasi yang jelas, ini amat membimbangkan kerana Peraturan-peraturan yang sedia ada adalah bersifat kuno dan terkebelakang.

"Jika perkara ini berlarutan, Pemuda PAS Perak amat bimbang kehormatan dan pegangan rakyat terhadap demokrasi semakin pudar di Negeri Perak khasnya," katanya.

Pemuda PAS Negeri yakin rakyat akan bersama Pakatan Rakyat dalam memastikan pada Pilihanraya umum ke 13 nanti akan menutup semua sandiwara Umno/BN di Negeri ini

"Kita mengucapkan syabas kepada Umno/ BN Perak dengan kekejaman dan kezaliman yang mereka lakukan ini," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment