Tuesday, March 23, 2010

BERFIKIRAN `JAKUN'


Pada 20 Mac saya tulis tentang tindakan seorang lagi `mangkuk hayung' yang berkuasa di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri didakwa menghalang orang awam dan media daripada mengikuti persidangan DUN 30 Mac ini.

Saya menyifatkan tindakan `mangkuk hayung' itu sebagai tindakan `jakun' dan berfikiran sempit, dan orang ini tidak layak hidup di zaman `langit terbuka' dia hanya layak hidup di zaman purba dan berkawan dengan orang utan atau seangkatan dengannya.

Petang semalam saya menalifon seorang kakitangan di Pejabat SUK, bertanyakan tentang apa yang didakwa oleh pihak media. Beliau mengakui pada sidang Dewan Undangan Negeri kali ini pihak berkuasa d SUK tidak membenarkan mana mana wartawan masuk ke dewan untuk membuat liputan. Juru gambar boleh masuk sebentar sahaja untuk ambil gambar, lepas itu mesti keluar.

Katanya lagi, wartawan hanya boleh duduk di tempat permerhati yang sempit itu dan melihat sidang DUN menerusi TV yang disediakan. Besar kemungkinan hendak masuk ke tempat pemerhati itupun perlu mendapat kad kebenaran.

"Speaker akan keluar surat, saya belum tahu tentang arahan dari Speaker itu," katanya.

Sebelum ini V. Sivakumar menyifatkan tindakan pihak yang cuba menghalang orang awam dan pihak media untuk mengikuti sidang berkenaan sebagai satu pencabulan amalan demokrasi.

Tindakan menghalang kemasukan orang awam mengikuti persidangan DUN bertentangan dengan slogan Kerajaan BN, 1 Malaysia, rakyat didahulukan, apa yang sebenarnya dengan menghalang orang ramai untuk mendengar sidang DUN mencerminkan sikap Kerajaan BN Perak yang mengenepikan rakyat

"Tambahan pula bagi menjamin kebebasan akhbar pihak pentadbir Setiausaha Kerajaan Negeri tidak boleh menghala Pihak media dan orang ramai boleh menyaksikan perbahasan DUN dengan selesa, tetapiu berlainan sekali di negeri ini. Inilah hasil roampakan kuasang mana mana wartawan menghadiri sidang DUN," ujar Sivakumar.

Kita ingatkan bila Zambry telah `disamakkan' oleh mahkamah menjadi Menteri Besar, perjalanan DUN selepas ini akan berjalan baik, tidak ada lagi sekatan, tiada lagi kawalan pihak polis di pintu masuk bangunan SUK.

Bila pihak mediapun dihalang masuk ke dewan, orang awam pastinya tidak dibenarkan masuk. Hampir pastilah ada kawalan ketat di pintu masuk. Inilah Kerajaan BN yang dikepalai Zambry Abdul Kadir, hendak hadir ke sidang DUN pun dihalang, takut sangat bila orang ramai tahu tentang apa yang berlaku di sidang DUN.

Kita pun cukup hairan, Zambry sudah dapat lesen dari Mahkamah Perseketuan sebagai Menteri Besar Perak, kenapa takut sangat dengan media dan orang ramai untuk mengikuti sidang DUN. Bila sudah menang, kena beranilah, jangan jadi penakut dan pengecut tidak tentu hala.

Jika inilah perangai pemimpin BN Perak yang cuba menyekat kebebasan media dan menyekat maklumat kepada orang ramai, rakyat boleh buat tafsiran bahawa orang yang buat kerja rampas kuasa ini pastinya takut untuk berhadapan dengan rakyat.

Tidak ada sidang DUN di negeri negeri d negara ini pihak media dan orang awam dihalang masuk ke dewan melainkan di negeri ini. Inilah hasil rompakan kuasa yang dilakukan Umpo terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa, kejadian seumpama ini tidak berlaku kerana Pakatan Rakyat sentiasa telus, tidak seperti Kerajaan BN Perak yang terus mengcengkam demokrasi dari dihayati dan dipraktikan.

Malulah duhai Zambry, gelagat kerajaan kamu yang berfikiran jakun, negara luar pasti mentertawakan kamu.

No comments:

Post a Comment