Wednesday, March 10, 2010
`Zon Selesa' Satu Perangkap?
IPOH: Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Perak, Ustaz Shuaid Din mengingatkan peserta Konvensyen Ulama' Muda khususnya agar berhati hati dengan `zon selesa' kerana jika ianya tidak ditangani dengan baik dkhuatiri nanti zon selesa itu akan menjadi perangkap kepada mereka.
Akibatnya nanti mereka merasakan sudah selesa di zon tersebut dan tidak lagi mahu bersama sama berjuang menengakkan Islam serta tidak mahu lagi bergiat aktif dalam perjuangan Islam.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Konvensyen Ulama' Muda PAS Negeri Perak di Hotel Sri Malaysia 7 Mac lalu.
Menurut beliau, apa yang dimaksudkan dengan zon selesa itu mereka telah mendapat tawaran pekerjaaan yang cukup selesa dan memperolehi gajinya yang dikira setimpal dengan jawatan mereka, oleh kerana sudah merasa cukup selesa dengan jawatan menyebabkan mereka tidak lagi mahu bergerak dalam jemaah Islam khususnya PAS.
"Jawatan kadang kala satu perangkap yang dicipta oleh musuh musuh Islam untuk menghadkan pergerrakan kita untuk tidak terlibat dengan perjuangan, akibatnhya kita tidak bersemangat untuk berjuang," jelasnya.
"Apabila sudah terlibat dengan J Qaf, muslimat pula perlu menghadiri Kursus Dalam Cuti' , mereka mulai sibuk, lalu timbullah satu hujah baru, mereka yang telah sibuk ini jangan disibokkan lagi, itu cuma alasan sahaja," katanya.
Menurutnya, lebih parah lagi bila roh atau semangat perjuangan sudah tidak ada pada diri anak muda kerana sudah merasa keselesaan hidup dan menjadi malas untuk berjuang.
Para lulusan institusi pengajian tinggi dalam bidang Islam mempunyai tugas dan peranan yang boleh membantu PAS, mereka tidak semestinya menampakkan `wajahnya' dalam pentas PAS, tetapi boleh berperanan disebalik tabir dalam perjuangan Islam ini.
"Anda boleh buat satu kumpulan untuk menterjemahkan buku untuk kita gunakan dalam usrah usrah, ini juga satu jihad."
"Jika anda tidak berani tampil ke garisan depan perjuangan, anda boleh berjihad dengan wang ringgit, hulurkan sumbangan wang anda bagi membantu jemaah Islam PAS," jelasnya.
Beliau menarik perhatian peserta konvensyen, baru baru beliau berkesempatan melawat dua sekolah agama di Singapura antaranya Wak Tanjung Islamiah, sekolah tesebut yang didirikan atas tanah seluas satu ekar dan sekolah itu dibina lima tingkat, kos pembinaannya berjumlah RMS17 juta , satu sen pun tidak ada duit dari Kerajaan Singapura, sebaliknya masyarakat Islam Singapura menyumbangkan beberapa ringgit
untuk tabung pembinaan, akhirnya sekolah tersebut yang serba lengkap berjaya didirikan
Beliau berharap dengan berlangsungnya Konvensyen Ulama' Muda kali pertama, ianya akan dapat mengumpulkan seramai mungkin para lulusan IPT di bidang agama untuk membantu perjuangan Islam di negeri ini serta boleh menjadi pertugas petugas PAS sama ada di barisan depan atau barisan belakang, apa yang penting mereka bersama dan berjihad bersama PAS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment