Thursday, March 11, 2010
Harussani & GMP agen Umno 100 peratus?
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) beranggapan kenyataan sokongan yang telah dinyatakan oleh Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkaitan usaha menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak oleh Tan Sri Haji Harussani Zakaria adalah senada sebagai Ahli Umno yang telah tewas.
Ianya sekaligus mencerminkan kedua keduanya, Harussani dan Mohd Helmi adalah agen Umno yang berusaha untuk melaksanakan agenda parti perkauman Melayu itu.
Demikian ditegaskan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Saleh dalam satu kenyataan media di sini semalam.
Menurutnya Pemuda PAS Perak berikrar untuk menyokong penuh kepimpinan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Negeri Kelantan, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam isu ini.
Bagi ahli Umno katanya, sudah tentu mereka kurang senang dengan kritikan yang dilemparkan oleh Datuk Nik Aziz kepada penyokong-penyokong mereka.
"Kita juga mengambil peluang ini untuk mempelawa GMP bersama dengan Harussani dalam forum yang bakal dianjurkan nanti," jelasnya.
Pemuda PAS Perak berharap agar GMP supaya tidak takut untuk hadir jika mereka menyakini akan kebenaran, katanya
"Kita akan tunggu keputusan yang akan dibuat Harussani untuk menetapkan tarikh, tempat dan masa yang difikirkan sesuai, rakyat Negeri Perak sudah tentu menunggu tarikh tersebut dan pentas forum tersebut harus menjadi kenyataan," katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment