Saturday, March 20, 2010
Siapa badut, Midah atau Siva?
Saperti biasa ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Othman dengan perangai lamanya, membebel dan menempelak ADUN Pakatan Rakyat. Kali ini sasarannya kepada ADUN Tonoh, V. Sivakumar. Mak Chik Midah menasihatkan Sivakumar supaya memberhentikan sikap daripada membodohkan diri sendiri dengan provokasi perkara yang tidak masuk akal.
Kata Opah Midah lagi, sikap dan karenah Sivakumar yang masih mengaku Speaker Dewan Undangan Negeri yang sah telah menimbulkan rasa muak dan rimas rakyat, malah Opah Midah itu menganggap Sivakumar sebagai seorang badut.
Siapa sebenarnya yang bodoh, siapa sebenarnya yang badut. Opoh midah jangan cakap ikut mulut yang celupar, guna akal yang waras, bukan guna otak yang dungu.
Mari kini ikuti pandanganm pakar undang undang Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr. Aziz Bari dalam kenyataannya di akhbar Sinar Harian hari ini. Apa katanya? Selepas 10 bulan menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kedudukan Datuk Ganesan, yang mewakili Barisan Nasional (BN), dikatakan tidak sah kerana beliau dipaksa mengambil alih jawatan itu daripada penyandang terdahulu.
Oleh yang demikian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar, yang mewakili Pakatan Rakyat (PR), adalah Speaker yang sah, mengikut undang-undang. Ini adalah pandangan Profesor Dr Abdul Aziz Bari, yang menganggap penyingkiran Sivakumar daripada jawatan itu tidak mengikut resolusi dewan dan bercanggah dengan peraturan DUN.
"Jika Speaker hendak ditukar, salurannya adalah resolusi dewan, bukan secara paksa seperti yang berlaku. Berdasarkan rakaman video, beliau diheret dari kerusi dan diusung keluar dewan dan Speaker baru (Ganesan) dilantik. Mengikut perundangan perkara itu memang tidak sah dan boleh dibawa ke mahkamah," katanya.
Kita hendak dengar pandangan pakar undang undang atau hendak dengar cakap Opah Midah yang merepek itu. Pastinya orang yang bijak, guna fikiran yang waras akan dengar pandangan Dr. Aziz Bari. Hanya orang yang dungu sahaja yang terpengaruh dengan Opah Midah.
Umno memang parti yang tidak ikut undang undang, ia ikut undang undang jika menguntungkan Umno. Kalau Umno rasa ianya menguntungkannya , Umno akan ikut undang undang, jika tidak Umno `persetankan undang undang'.
Kita tidak dapat mengjangkakan Sidang DUN pada 30 Mac ini, apa yang berlaku. Umno/BN dengan keras kepalanya mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker DUN, ADUN ADUN Pakatan Rakyat tetap bertegaskan Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Undang undang telah `lacurkan' oleh Umno/BN, macam mana keadilan hendak dapat dilihat dan ditegakkan di negeri ini khususnya.
Dalam pada itu pula seorang lagi `mangkuk hayung' yang berkuasa di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri didakwa menghalang orang awam dan media daripada mengikuti persidangan DUN 30 Mac. Ini satu lagi tindakan `jakun' dan berfikiran sempit, jumut yang cuba menghalang orang awam dan media dari mengikuti persidangan tersebut.
Apa haknya berbuat dermikian?. Nampaknya Datuk berkenaan memang sudah jadi `raja paling berkuasa?'
Menurut V. Sivakumar tindakan pihak yang cuba menghalang orang awam dan pihak media untuk mengikuti sidang berkenaan sebagai satu pencabulan amalan demokrasi.
Tindakan menghalang kemasukan orang awam mengikuti persidangan DUN bertentangan dengan slogan Kerajaan BN, 1 Malaysia, rakyat didahulukan, apa yang sebenarnya dengan menghalang orang ramai untuk mendengar sidang DUN mencerminkan sikap Kerajaan BN Perak yang mengenepikan rakyat
"Tambahan pula bagi menjamin kebebasan akhbar pihak pentadbir Setiausaha Kerajaan Negeri tidak boleh menghalang mana mana wartawan menghadiri sidang DUN," ujar Sivakumar.
Kita pun cukup hairan, Zambry sudah dapat lesen dari Mahkamah Perseketuan sebagai Menteri Besar Perak, kenapa takut sangat dengan media dan orang ramai untuk mengikuti sidang DUN. Bila sudah menang, kena beranilah, jangan jadi penakut dan pengecut.
Jika inilah perangai pemimpin BN Perak yang cuba menyekat kebebasan media dan menyekat maklumat kepada orang ramai, kita boleh buat satu tafsiran, orang yang buat kerja rampas kuasa ini pastinya takut untuk berhadapan dengan rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
geram beno mike dengan kak midah ye!
ReplyDelete