Tuesday, March 23, 2010

Umno perkudakan golongan mahasiswa


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal kerana Umno yang jelas menggunakan program Himpunan Mahasiswa / Mahasiswi Anak Perak 2010 anjuran Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak (KAMI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak yang diadakan pada 19 Mac hingga 21 Mac yang lalu, cuba mengheret Mahasiswa ke kancah politik kepartian.

Demikian dinyatakan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Saleh dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini

Menurut Salman, pengisian program yang jelas melibatkan tokoh-tokoh Umno yang diadakan di Taiping Golf Resort, Bukit Jana tersebut sebagai salah satu pentas politik yang telah mengheret golongan mahasiswa di dalam isu kemelut Perak yang masih belum selesai.

Malah KAMI yang bergerak sebagai Badan Bukan Kerajaan sebenarnya adalah agen bagi pihak Umno di dalam mengheret Mahasiswa / Mahasiswi selama ini, katanya.

Golongan cerdik pandai dari menara gading yang sepatutnya tidak terjebak di dalam kemelut Perak ini dan sudah ada usaha merosakkan pemikiran mereka serta meletakkan mereka berpihak kepada parti politik kepartian.

"Pemuda PAS Negeri berharap semua mahasiswa dan mahasiswi tidak akan terjebak dengan usaha yang dilakukan oleh KAMI yang jelas menjadi alat Umno ini," jelasnya.

Sehubungan itu beliau berharap golongan mahasiswa dan mahasiswa perlu sedar bahawa mereka telah diperalatkan oleh Umno.

Oleh itu Pemuda PAS Negeri merasa kesal terhadap usaha terdesak Umno bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka.

"Kita amat yakin bahawa golongan cerdik pandai ini tidak akan terperangkap dengan usaha jahat Umno terutama di dalam kemelut Perak ini.

No comments:

Post a Comment