Saturday, March 27, 2010

Hati mana tidak terguris pilu...



TELUK INTAN: Hati mana yang tidak terasa pilu dan sedih bila tempat bergantung telah tiada. hati yang mana tidak terluka bila suami tercinta dibunuh di depan mata. Rasa marah bercampur sedih dan pilu bila melihat suami tercinta dibunuh dengan kejam.

Sungguh kejam perbuatan itu bila nyawa manusia diragut tanpa belas belas kasihan. Itulah perasaan yang dialami oleh balu mendiang Siva, Puan Kala@Papa a/p Kandasamy yang terpaksa menanggung derita akibat kematian suami. Isteri mana yang sedih dan duka bila suami tersayang telah pergi buat selama lanya, perginya orang tersayang meragut hati dan perasaan.

Dunia indah menjadi gelita, bagaikan gelap tiada penghujungnya, hilang panduan buat seketika bila melihat suami terbujur kaku, tetapi apakan daya itulah kenyataan yang terpaksa beliau hadapi menempuh hidup di dunia ini.

Kesudian pimpinan PAS datang ke rumahnya mengucapkan takziah di samping memberkan sumbangan cukup menyentuh hatinya. Di saat beliau berduka, masih ada orang bersimpati kepadanya. Lebih mengharukan orang yang tampil menziarahya dan mengucapkan takziah adalah orang yang berlainan bangsa dan agama dengannya.

Di hari mayat mendiang suaminya tiba di rumah, beliau cukup terharu melihat pimpinan PAS sanggup datang dari jauh menziarahinya dan meminta beliau bersabar dengan ujian yang datang. Antara yang hadir pada hari ini, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasonal, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dari Kelantan, Ustaz Nasir Zakaria dari Kedah mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Ustaz Mustafa Shaari , Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak, Zainuddin Yusuf, ADUN Changkat Jong, Mohd Annuar Sudin.

Ketika van yang membawa keranda mayat suami sampai di rumahnya, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa bersama unit amal mengangkat keranda itu, terharu sungguh hatinya melihat pimpinan PAS sanggup berbuat begitu.

ADUN Lubuk Merbau,yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak melahirkan rasa terharu dengan kehadiran pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat, sambil menyifatkannya tidak pernah berlaku dalam sejarah hidupnuya melihat semua bangsa berkongsi kesedihan walaupun yang mati itu seorang India.

Lebih mengharukan perasaan Puan Kala apabila Presiden PAS, Datuk Tuan Guru Haji Hadi Awang sanggup melawatnya, ini sungguh membanggakan hatinya bila pimpinan tertinggi PAS sanggup datang menziarahinya.

"Saya tidak menyangka Tuan Guru akan hadir. Selama ini saya melihat wajahnya di dalam surat khabar atau televisyen, tetapi hari ini saya dapat bersua muka dan bercakap dengan Tuan Guru," ujarnya sayu.

Puan Kala juga cukup terharu dengan Muslimat PAS yang sejak hari pertama turut menziarahi dan menenangkan perasaannya. Baginya kesudian para Muslimat PAS cukup membanggakanya, terubat juga kesedihan di hatinya.

Dua hari selepas Tuan Guru Haji Hadi melawatnya, datang pula rombongan dari Dewan Muslimat PAS Pusat yang diketuai Ustazah Nuridah Saleh dan Exco Kerajaan Negeri selangor, Dr. Halimah Ali. Kedatangan rombongan itu cukup mengharukan perasaannya hinggakan beliau memeluk Ustaz Nuridah sambil Ustaz Nuridah menenangkannya. Hati dan perasaannya cukup tersentuh bila kaum sejenisnya dari PAS sanggup datang dari jauh sema tama unuk berkongsian kesedihan dengannya.

Ustazah Nuridah dan Dr. Halimah banyak memberikan kata kata nasihat dan semangat buatnya agar menghadapi ujian berat ini dengan tabah bersama anak anak.

Adakalanya pertemuan tersebut diselubungi kesedihan apabila balu mendiang menceritakan detik detik bagaimana suaminya ditembak di depan matanya.

Apa yang mengharukan ialah apabila balu mendiang, Puan Kala @ Papa a/p Kandasamy berkata biarlah dia sahaja menerima nasib begini (suami dibunuh kejam) tetapi berharap wanita lain tidak mengalami nasib yang sama sepertinya.

Di dalam pertemuan itu, Dewan Muslimat PAS Pusat telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga mendiang.

Ustazah Nuridah menjelaskan kejadian bunuh di negara ini semakin menjadi jadi, nyawa manusia seolah olah tidak bernilai, inilah yang membimbangkan seluruh rakyat Malaysia.

Kejadian pembunuhan kejam ke atas Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak merupakan salah satu bukti menunjukkan hidup rakyat negara ini tidak terjamin keselamatannya, katanya.

Menurutnya, Umno/BN tidak lagi boleh diharapkan untuk menjaga rakyat negara ini daripada sebarang bentuk jenayah, sudah lebih 50 tahun BN berkuasa, jenayah kian bertambah dari hari ke hari.

Oleh itu rakyat wajar memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat memerintah negara ini agar keselamatan mereka terjamin.

Rombongan Dewan Muslimat PAS Pusat kemudiannya beredar dari rumahnya, jauh di hati Puan Kala terasa kemesraan yang sukar digambarkannya walaupun pertemuan itu hanya seketika. Namun perasaan sedih bercampur sayu masih menyelubungi dirinya, sekali air mata berderai mengalirnya hingga ke larut senja,

No comments:

Post a Comment