Thursday, August 19, 2010

Beri peruntukan khas untuk anak yatim piatu


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta kerajaan negeri memberikan perhatian kepada seluruh anak yatim piatu di Negeri Perak bagi memberikan peruntukan khas kepada mereka berupa duit raya menjelang perayaan musim Hari Raya nanti.

Walaupun semasa pembentangan Bajet Negeri Perak 2010 pada tahun lepas (29 Oktober 2009) tidak dimasukkan berkaitan keperihatinan kerajaan negeri terhadap anak yatim piatu, DPPN Pk berharap bersempena sambutan Hari Raya ini kerajaan negeri dapat memberikan bantuan kepada mereka.

DPPN Pk juga berharap keperluan sempena Hari Raya ini juga diberikan kepada mereka berupa pakaian baru dan sebagainya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment