Wednesday, August 18, 2010

Kerajaan BN Perak tidak bersikap adil terhadap SAR


IPOH: 18 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa dukacita dengan tindakan Kerajaan negeri Perak yang telah meluluskan kawasan tanah ladang kelapa sawit bertujuan untuk menampung perbelanjaan sekolah-sekolah yang keseluruhannya seluas 3,140 hektar kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Masjid, Sekolah Cina Bebas (SUWA) dan Sekolah Tamil diluluskan di kawasan Hutan Simpang Gunung Besout dekat Tanjung Malim yang lalu tidak bersikap adil.

Demikian dinyatakan Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan dalam satu kenyataan medianya di sini semalam.

Menurutnya pemberian tanah seluas 1,000 hektar kepada SUWA yang mempunyai sebanyak 9 buah sekolah, 800 hektar kepada SAR mempunyai sebanyak 18 buah sekolah dan ditambah dengan Masjid, 600 hektar kepada sekolah Tamil yang mempunyai sebanyak 110 buah sekolah dan selebihnya 740 hektar kepada Yayasan Perak amat tidak adil sama sekali.

Ini kerana jumlah sebanyak 800 hektar terlalu kecil dibandingkan dengan sebanyak 18 buah SAR, ujarnya.

SAR dan Masjid yang akan ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIAMPk) dan projeknya diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKEINPk) manakala tanah yang diberikan kepada sekolah Tamil akan ditadbir Yayasan Perak serta tanah milik SUWA yang telah membentuk majlis sekolah-sekolah Cina telah menubuhkan sebuah syarikat bagi menguruskan tanah seluas 1,000 hektar yang jelas menafikan hak sebenar SAR itu sendiri, katanya.

Sehubungan dengan itu Pemuda PAS Perak mendesak agar kerajaan negeri bersifat prihatin terhadap nasib SAR yang selama ini dinafikan.

Oleh itu Pemuda PAS Perak meminta kerajaan negeri menambah peruntukan keluasan tanah ladang kelapa sawit tersebut khas buat SAR dan pengurusannya diserahkan kepada Persatuan Pendokong-Pendokong Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak (PPSARNPk) bukannya PKEINPk.

Jika kerajaan negeri menidakkan tuntutan ini dengan jelas bermakna bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf SAR, jelasnya

No comments:

Post a Comment