Monday, August 9, 2010

PAS tetap bersama Pakatan Rakyat




AYER TAWAR: Naib Presiden PAS Pusat, Salahudin Ayub sekali lagi mempertegaskan bahawa PAS tidak akan meninggalkan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun ada usaha yang sedang dimainkan Umnno/BN dan media arus perdana untuk melaga lagakan PAS dan DAP.

"PAS tidak akan mengkhianati rakan rakan dalam Pakatan Rakyat," tegasnya disambil tepukan bergemuruh daripada perwakilan, pemerhati dan tetamu undangan sempena di majlis perasmian Konvensyen PAS Perak yang diadakan di sini pada 6 Ogos lalu.

Beliau mengingatkan ahli ahli,penyokong penyokong serta pemimpin pemimpin DAP dan PKR agar tidak bimbang dan ragu dengan kesetiaan PAS sebagai rakan PKR kerana PAS tetap setia sebagai rakan.

"Kita tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak sama sekali untuk meninggalkan Pakatan Rakyat," tegasnya lagi. Sekali lagi para hadirin memberikan tepukan bergemuruh.

Menurut beliau, ahli ahli Umno juga jangan takut dan bimbang apabila Pakatan Rakyat memerintah negaera ini kerana mereka juga rakyat Malaysia, Pakatan Rakyat akan berlaku adil kepada semua rakyat termasuk ahli ahli Umno.

"Ahli ahli dan penyokong penyokong Umno, jangan risau jika Pakatan menerintah, kita tidak menzalimi kamu semua sekiranya PAS bersama rakan rakan Pakatan Rakyat berkuasa semua rakyat akan dilayani dengan adil," katanya.

Umno katanya sejak dahulu kini dan selama lamanya memang suka melihat bukan Islam, Cina dan India terasing dengan PAS kerana dengan itu sahaja Umno/BN akan berjaya memerintah negara ini.

Oleh kerana itulah Umno cukup bimbang apabila melihat orang India dan Cina telah mendekati PAS, tembok pemisah PAS dan bukan Islam telah telahpun pecah, akhirnya wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), inilah digeruni oleh Umno/BN, tegasnya.

"Sokongan bukan Islam kepada PAS amat dihargai dan disanjung, kita akan menjaga mereka, kita tidak akan menzalimi mereka dan hak mereka akan dijaga, tidak saperti Umno dan rakan komponen BN," jelasnya.

* Melayu PAS tidak sama dengan Melayu UMNO, Melayu PAS tidak menindas, akan berlaku adil, tidak zalim kepada semua kaum," ujarnya.

Hadir sama dimajlis itu Timbalan timbalan Pesuruhjaya PAS Perask, pimpinan PAS Negeri , kawasan dan cawangan, Dato' Nge Kor Ham, Pengerusi DAP Perak, wakil PKR, Kepten (B) Usali Alias, wakil Parti Sosialis Malaysia dan badan bukan Kerajaan (NGO)

No comments:

Post a Comment