Tuesday, August 17, 2010

Harussani mesti bertanggungjawab


IPOH: Setiausaha PAS Negeri Perak Misbahul Munir Masduki menegaskan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria mesti dipertanggungjawabkan di atas kenyataan kononnya ada individu tertentu yang telah membuat cadangan perlembagaan baru negara yang menyisihkan hak dan keistimewaan orang Melayu.

" Dato' Seri Harussani boleh mencetuskan tanggapan negatif dan ketegangan kaum," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual di Pejabat PAS Negeri Perak pagi tadi.

Menurut beliau sebagai Mufti, beliau tidak sepatutnya mendedahkan isu ini sebelum ia diteliti dan disiasat siapa individu yang dimaksudkan, apa tujuan dan rasional ia berbuat demikikian.

Difahamkan beliau baru sahaja mendapat dokumen tersebut, tanpa usul periksa, meneliti, mengkaji dan soal siasat, beliau terus mendedahkan kepada umum dalam satu majlis forum baru-baru ini.

"Kenyataan ini agak mengemparkan juga. kemungkinan ada pihak tertentu yang sengaja mencipta isu ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu yang akhirnya akan tercetus isu perkauman, katanya

Mufti Perak pula sangat mudah membuat kenyataan-kenyataan seumpana inidan UMNO pula sering mengambil kesempatan dengan menggunakan mufti demi kepentingan politik mereka, jelasnya.

"Inilah yang mereka mahu, isu ini akan dijadikan modal politik oleh Umno dan kesempatan ini akan diambil untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO semata-mata," tegasnya lagi.

Suatu ketika dahulu katanya, Mufti Perak juga pernah mendedahkan ratusan ribu orang Islam murtad berdasarkan maklumat yang beliau terima, ramai pemimpin UMNO yang mempertikaikan kenyataan ini, sementara itu Mufti Perak pula tidak mendedahkan siapa individu yang memberi maklumat kepadanya.

"Sehingga sekarang isu ini senyap begitu sahaja dan Mufti Perak tidak lagi ghairah membuat kenyataan mengenai murtad di Malaysia," ujarnya.

Persoalannya sekarang ini mengapa Harussani begitu senang dan mudah membuat kenyataan yang boleh menimbulkan perasaan tidak senang dan prejudis, kalau yang didakwa itu ada kebenarannya dan bersalahan dengan undang-undang, sepatutnya beliau menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak polis dan membuat laporan polis supaya disiasat.

No comments:

Post a Comment